Sunday, 17 June 2012

ISLAM DIPERSENDA LAGI. SALAH UMNO LAGI....??


Assalamualaikum:


FIRMAN ALLAH:-
“Dan serulah manusia supaya mereka mengerjakan haji, nescaya mereka akan mendatangimu dengan berjalan kaki dan menunggang kenderaan berjenis-jenis unta yang kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk rantau yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah bagi mereka, serta mereka dapat mengingati dengan menyebut nama Allah pada hari-hari yang tertentu dengan sebab Allah telah mengurniakan mereka binatang-binatang ternakan untuk dijadikan qurban. Dengan yang demikian makanlah darinya (daging qurban itu) dan berilah makan kepada orang yang susah lagi fakir, (kemudian hendaklah membersihkan diri mereka, dan hendaklah mereka menyempurnakankan nazar-nazar mereka dan hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) yang tua sejarahnya itu)”.

(Surah Al-Haj: 27-29)

Kewajipan Menunaikan ibadah haji iaitu rukun Islam ke 5 jauh lebih penting dan lebih utama berbanding "ibadat undi PAS".

Mentaati perintah Allah dalam menunaikan ibadah haji lebih patut diutamakan dari mentaati pemimpin-pemimpin yang gila kuasa.

Hari ini, belum ada apa-apa lagi pengumuman kerajaan tentang tarikh pilihanraya, PAS dah mula membuat kenyataan yang mendahulukan parti dari Islam. Mereka lebih takut hilang kuasa di dunia dari takut kepada azab Allah diakhirat. Inilah tarbiah terbaru PAS kepada ahli2nya. Tidak hairanlah makin lama makin terpisahnya PAS dari agenda Islamnya.

Oleh itu , ahli PAS usahlah bermimpi akan tertegaknya Negara Islam yg PAS dok canang-canang selalu. Berangan  ajelah atas pokok merenung bulan tak kunjung jatuh ke riba. Islam diperalat untuk mendapatkan undi. Sehingga sanggup memperkecilkan rukun Islam. PSM yakin, ahli PAS akan patuh pada ajaran pemimpin-pemimpin mereka. Ketaatan Wala tahap gila ini dah lama bersarang dalam kepala ahli-ahli tegarnya. 

Semoga Umat Islam tidak terpengaruh dengan dakyah songsang mereka ini.


MENSYIARKAN ISLAM, MEMPERKASAKAN MELAYU , MENDAULATKAN INSTITUSI RAJA.

0 comments:

Post a Comment