Sunday, 17 June 2012

KENAPA NAK HALANG PULAK??!!


Rukun Islam yang kelima apa ye.pastilah menunaikan haji.betul tak?Jika mampu dan terdaya apa salahnya..dan dah ada peluang..kenapa perlu ditangguh-tangguhkan pulak.kp rasalah kan,puak-puak ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri daripada takutkan Allah..,ye KP akui,yang KP ni pun bukanlah bijak pandai sangat tentang agama,taoi takdelah jahil sangat..hingga sanggup keluarkan kenyataan bahawa jangan pergi tunaikan haji atau minta jemaah yang dah dapat panggilan agar tanguhkan dahulu hasrat mereka..alahaii..korang bajyak duit memanglah korang boleh pergi tahun-tahun mendatang,tapi bagi mereka yang grrsusah payah bertungkus lumus menabung,tup tup dapat panggilan dan peluang tahun ni,di suruh oergi tahun depan..tu kalau diberi lagi umur yang panjang..tapi jikalau tak panjamg,bagaimana,siapa yang harus bertanggungjawab..lihat kenyataan ketua penerangan pas didada akhbar hari ini...

"Menunaikan haji sememangnya penting kepada umat Islam  tetapi hak untuk menentukan kepimpinan negara adalah lebih penting," katanya.SHAH ALAM - Pas Selangor menyokong kenyataan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man supaya ahli parti itu yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya, menangguhkan ibadah haji bagi menghadapi pilihan   raya umum yang dijangka antara September hingga Oktober.

Pesuruhjayanya, Dr Abdul Rani Osman berkata, beliau menyokong kenyataan tersebut kerana rakyat mempunyai tanggungjawab untuk menentukan masa depan negara walaupun pilihan raya diadakan pada musim haji.

"Kita merujuk hukum Fiqah Awliyat ditakrifkan oleh Dr Yusuf al- Qaradhawi iaitu apabila terdapat dua perkara penting, kita perlu memilih perkara yang lebih berkepentingan.


Sehubungan itu, beliau mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya tidak mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada musim haji bagi memastikan pilihan raya berlangsung telus dan adil.

"Kerajaan sepatutnya memberi peluang kepada rakyat untuk memilih dan tentukan masa depan mereka sendiri dan bukan cuba menghalang dengan pelbagai helah," katanya.

Menurutnya lagi, Pas tidak akan melakukan sebarang provokasi dan mengangkat senjata seperti yang didakwa Barisan Nasional (BN).

"Pas tiada masalah jika kalah kelak kerana kami biasa kalah sebelum ini dan tiada sebarang kejadian  tidak diingini berlaku, rakyat sudah cukup matang untuk bertindak," katanya.

Sebelum ini, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam kenyataannya mendakwa Umno-Barisan Nasional menafikan hak sebahagian besar rakyat jika mengadakan PRU13 pada musim haji tahun ini.

Kenyataan ini juga disokong oleh Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw yang menegaskan PRU13 ketika musim haji akan mengganggu urusan ibadah umat Islam di negara ini.

Menentukan masa depan negara?selama ini negara kita ni takde masa hadapan ke?kalau takde masa depan dah lama dah kita mundur..aduh..tak pahamlah...lupa pula kp,kan undi pas masuk syurga..


Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.

Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain.

Jadi..kita dah diberikan akal,haruslah menggunakannya dengan sebaik mungkin..

0 comments:

Post a Comment