Siapa kata selama ini UMNO-BN sebuk bertelagah sesama sendiri
demi kuasa, kedudukan dan wang?
Yang berkata demikian biasanya ‘merah mata’ kerana belum
dapat apa yang mereka mahukan contohnya, Putrajaya.
Justeru, rakyat yang tidak bersalah diheret sama memaki
hamun kepimpinan sedia ada dengan ‘game of hatred’ bertujuan tidak lain tidak
bukan menimbulkan kebencian terhadap kepimpinan sedia ada.
Menimbulkan persepsi
mudah seperti ‘rasuah, nepotisme, kronisme’ sudah cukup membuatkan rakyat marah
dan memaki kepimpinan sedia ada tanpa usul periksa.
Untungnya, si pelaku yang memulakan pelbagai tuduhan berjaya
mengalih perhatian rakyat kepada pihak yang dituduh, walhal di dada sipenuduh
sarat dengan pekung yang berjaya disembunyikan.
Sampai bila ‘pekung di dada’ mereka berjaya disembunyi?
Menghampiri PRU 13, negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan
PKR+PAS+DAP mula menunjukkan ‘taring sebenar’ mereka.
Kerakusan bagi mengaut keuntungan menjadi pentadbir sebuah
kerajaan negeri menjadi dambaan individu-individu penting dalam pakatan.
Dua negeri yang jelas berantakan demi ‘kuasa, kedudukan dan
wang’ adalah SELANGOR dan KEDAH.
Rakyat kedua-dua negeri tersebut kini sedang menonton sikap sebenar
pemimpin kedua-dua buah negeri tersebut.
Pertelingkahan antara
Tan Sri Khalid Ibrahim dan Azmin Ali bukan menjadi rahsia kepada rakyat
Selangor lagi. Begitu juga di Kedah bila Dato’ Seri Azizan Razak berantakan
dengan Phahrolrazi Zawawi.
Disebalik itu, ada juga pepatah yang menyebut kuasa politik boleh menyebabkan seseorang jadi gila, ringkasnya, ‘gila kuasa’. Ini berlaku di Perak apabila bekas menteri besarnya, Dato’ Seri Ir. Nizar Jamaluddin dikhabarkan ‘meroyan’ mahukan kembali kuasa yang pernah digenggamnya. Pada satu ketika, Nizar turut dilaporkan memasuki program UMNO semata-mata hendak tunjuk ‘gentleman’, tapi, satu perbuatan yang disifatkan oleh ramai pihak sebagai GILA!
sumber: sinismalaysia
0 comments:
Post a Comment