Friday, 22 June 2012

RIBUAN RAKYAT SABAK BERNAM... TOLAK ANWAR




Mungkin ada yang kata kehadiran luar biasa bakal berlaku di Mini Stadium Sabak Bernam malam tadi yang mana telah berlangsungnya ceramah Merdeka Rakyat yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Sabak Bernam menjadi lokasi yang ke-9 dalam siri jelajahnya ke seluruh negara bagi mewar-warkan janji-janji manis pakatan demi menawan Putrajaya dalam PRU-13 akan datang. Tetapi sayang, penduduk sebenar Sabak Bernam  yang hadir pada malam tadi hanyalah sekitar 100 orang dan dicampur dengn orang luar kawasan lebih kurang 300 orang.

Antara penceramah yang hadir bagi menjadi pelawak di pentas stadium adalah Badrul Amin, Kesavan, Manickavasagam, Zuraidah, Chua Jui Mei,  Aziz Bari, Mahfuz Omar dan tetamu  yang dinantikan bapak peliwat negara Anwar Ibrahim Al-Jub**i.

Isu lapok pembangkang yang kerap didengar di pentas-pentas ceramah kembali dimainkan antaranya isu PTPTN, gaji minimum, harga barang, RM50 untuk golongan wanita dan beberapa janji pakatan pada PRU-12 yang lepas.


Antara banyak-banyak isi ceramah yang disampaikan, ada satu yang menarik minat JB untuk mendengar dengan lebih tekun iaitu isu rasis yang dibawa oleh Chua Jui Mei yang mendakwa kerajaan BN memberi semua syarikat untuk diswastakan kepada Syed Mokhtar Bukhari yang mana telah diberikannya Proton, Pelabuhan, Kilang Gula. Bekas Menteri Kesihatan ini mempersoalkan kenapa semua aset negara diberikan kepada seorang kroni sahaja? Kenapa tidak diberikan kepada Cina dan India yang mampu di Malaysia? Adakah Cina dan India di Malaysia tidak cukup hebat untuk mentadbir kesemua aset yang diberikan kepada Syed Mokhtar?



Turut hadir menemani Anwar Ibrahim malam tadi adalah Fernando Opena dari Democratic Party of Philippines (DPP). Anwar memberitahu kepada audience yang hadir bahawa kemenangan dia di mahkamah yang pertama tuduhan liwat dan kedua tuduhan berhubung penyelewengan dana tidak memberi kesan kepada beliau. Dengan tuduhan liar yang mengaitkan semua ini adalah fitnah dari UMNO-Barisan Nasional kerana tidak mahu DS Najib menjadi ketua pembangkang selepas PRU-13 akan datang. Dengan penuh yakin Anwar Al-Jub**i mendakwa yang pakatan akan berjaya menawan Putrajaya pada PRU-13 dan turunkan harga minyak jika pakatan menang. 



0 comments:

Post a Comment