Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang dendam
Azmin terhadap Khalid yang mana dilihat Faekah Hussin selaku SETPOL Khalid
menjadi mangsa keadaan. Perkara yang telah lama berlegar di dalam SUK Selangor
akhirnya terbongkar kerana sikap dendam Azmin terhadap Khalid sudah tidak dapat
dibendung lagi.
Dikhabarkan yang Khalid sanggup melepaskan jawatan Pengerusi PKR Selangor kepada Azmin
demi menyelamatkan Faekah dari dibuang dari SUK. Perbalahan dua kem antara
Azmin dan Khalid semakin parah dengan keaggresifan Faekah dalam menjalankan
tugas rasminya namun tidak disenangi oleh Azmin kerana peranan Faekah dalam
pentadbiran Selangor telah over-shadow peranan Azmin sebagai Pengerusi PKR
Selangor.
Kem Azmin telah melancarkan protes terhadap
Faekah dalam twitter dengan menggunakan hashtag #PecatFaekah telah mengesahkan
lagi pergaduhan mereka. PKR Selangor
kini sudah berantakkan kerana sikap hasad dengki yang ditunjukkan dengan jelas
oleh kumpulan pakatan Selangor ini. Azmin juga dikatakan terus membuat desakan kepada
Khalid supaya memecat Faekah dengan segera atas alasan mahu menyelamatkan PKR
Selangor dari terus hancur menjelang PRU 13 akan datang.
0 comments:
Post a Comment