Tuesday, 26 June 2012

SIRI PENIPUAN #RAFIZI-GATE : ANTARA PROJEK LRT (960 JUTA) & PROJEK SG KLANG (50 BILLION)



Setelah pakej rangsangan ekonomi kerajaan negeri Selangor dibentang dan diluluskan, tiada tanda-tanda perlaksanaan projek mega yang mampu menyuntik ekonomi negeri terkaya di semenanjung ini termasuk satu projek “super mega” iaitu pembersihan sungai Klang.

Projek ini asalnya dikatakan bernilai RM10 billion namun akhirnya diputuskan bernilai RM50 billion, mampu menawarkan rangsangan ekonomi negeri tersebut termasuk mencipta ruang dan peluang pekerjaan sekaligus mampu mengatasi masalah kekurangan kerja oleh kontraktor tempatan serta masalah pengangguran yang meruncing.


Kerajaan negeri Selangor di bawah pentadbiran YAB Tan Sri Khalid Ibrahim “amat beruntung” kerana punyai Pejabat Penasihat Ekonomi yang dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantan Menteri Kewangan Malaysia dalam melaksanakan “Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor” ini.

Projek “super mega” seperti pembersihan sungai Klang ini adalah pakej ransangan ekonomi yang “sangat baik dan telus” berbanding projek-projek mega pernah dihasilkan oleh pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) seperti bangunan berkembar KLCC mahupun cadangan bagi projek tambahan sistem LRT Ampang bernilai RM960 juta yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.


Bekas CEO Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, saudara Rafizi Ramli yang meletakkan jawatan baru-baru ini, semata-mata mahu menumpukan usaha terhadap salahguna kuasa serta kedudukan para pemimpin kerajaan BN termasuk Najib Tun Razak sendiri, sewajarnya mengalihkan sementara “niat ikhlasnya” itu dan memberi tumpuan kepada “salah-laku dan kedudukan” pihak-pihak tertentu dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang menyebabkan “Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Selangor” seperti projek “super-mega” pembersihan sungai Klang di atas tergendala atau terbantut.
Adalah satu penghinaan kepada baginda Sultan Selangor, yang telah mencemarkan diri melakukan “gimmick” perasmian projek “super-mega” tersebut namun sehingga kini tidak nampak bayang-bayang akan dilaksanakan.


Benarkah wujud urusan dan rundingan kerajaan negeri dan para “investors” dalam merealisasikan pakej rangsangan ekonomi tersebut atau hanyalah satu sandiwara bagi memikat hati rakyat negeri Selangor sebagai pengundi?




sumber: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment