Monday, 2 July 2012

HOI... SEKALI LAGI AKU TANYA MANA GERAN RM300 JUTA?


Sumber peruntukan RM300 juta di bawah geran Selangorku dikatakan bukan sumber kerajaan Selangor. Sumber RM300 juta tidak ada dalam rekod kewangan kerajaan negeri. Dari mana sumber wang itu datang?


SHAH ALAM - Pendedahan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong berhubung skandal penyelewengan RM1 bilion melibatkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor adalah serius kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Koordinator Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia merupakan satu lagi ‘tamparan’ terhadap pentadbiran PKR negeri itu selepas dibelenggu dakwaan perolehan peruntukan RM300 juta di bawah geran Selangorku Sayang daripada sumber meragukan.

"Dakwaan berhubung geran itu pun masih tiada penjelasan yang menyakinkan. Individu yang menjawab dakwaan itu pula adalah Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin.

"Kalau begitu, lebih baik suruh sahaja Faekah menjadi Menteri Besar Selangor," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Tee Yong yang mendedahkan mengenai skandal penyelewengan RM1 bilion oleh Kerajaan PKR Selangor.

Bagaimanapun beliau masih belum mendedahkan sepenuhnya dakwaan skandal berkenaan.

Melalui akaun Twitter miliknya, Tee Yong hanya mendakwa sedemikian:

"Kerajaan pembangkang (Kerajaan PKR Selangor) mendakwa telus, mahu melakukan yang terbaik untuk rakyat dan rakyat adalah ketua. Tetapi isu RM1 bilion itu menunjukkan semuanya adalah cakap-cakap kosong."

0 comments:

Post a Comment