Kenyataan Media Dato’ Sri Ir Mohd Zin
Mohamed mengenai isu TALAM
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
1. Isu pengambilalihan hutang TALAM
dilihat cuba diketepikan oleh pihak Kerajaan Negeri pimpinan Khalid Ibrahim.
Beliau masih lagi berdolak dalih mengenai isu ini dan sejak kenyataan saya yang
terakhir, tiada pihak yang tampil memberikan jawapan yang benar-benar
meyakinkan semua pihak.
2. Sekarang ini pula, beberapa NGO telah
mengemukakan persoalan kepada pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
mengenai proses pengambilalihan hutang TALAM yang bernilai RM392 juta itu.
Jumlah ini begitu tinggi untuk ditanggung oleh PKNS dan Pengurus Besar PKNS, En
Othman Omar wajar memberikan penjelasan kepada seluruh rakyat Selangor.
3. En Othman Omar perlu memberikan
penjelasan sebab utama mengapa PKNS sanggup mengambilalih hutang TALAM?
Padahal, semua pihak tahu PKNS diwujudkan pada asalnya bagi membantu golongan
tidak mampu untuk memiliki rumah dan hartanah. Adakah agenda asal PKNS ini
telah dipadam oleh pihak Kerajaan Negeri? Bukankan Kerajaan Negeri pernah
berjanji akan menyediakan rumah mampu milik kepada Rakyat Selangor? Banyak
manakah rumah yang telah disediakan?
4. Kenapa pula sekarang PKNS menjadi
satu badan yang berperanan mengambil alih hutang Syarikat Korporat dan
mengabaikan kebajikan rakyat Selangot yang masih lagi belum mampu?
5. Saya juga ingin menuntut penjelasan
dari pihak En Othman Omar mengenai peranan terbaru PKNS ini?
6. Jika ini merupakan satu peranan baru
PKNS, saya berpendapat juga adalah wajar untuk PKNS mengambil alih
hutang-hutang individu kurang mampu yang masih berhutang dengan PKNS. Ini
merupakan langkah yang lebih adil memandangkan PKNS sanggup mengambil alih
hutang bernilai jutaan ringgit.
7. Saya memohon agar rakyat Selangor dapat menilai dengan objektif sikap
Kerajaan Negeri yang tidak mengamalkan prinsip accountability yang dilaungkan
oleh mereka sendiri. Kenapa bersikap ‘double standard’ terhadap hutang kepada
PKNS?
8. Akhirnya, siapa sebenarnya yang memutuskan untuk mengambil alih hutang TALAM
ini?
Dato’ Sri Ir Mohd Zin Mohamed
Koordinator BN Selangor
0 comments:
Post a Comment