Thursday 12 July 2012

PAKATAN IS DEAD : GPRS ADALAH "PENUNJUKARAH" KESALAHAN KHALID & GENG





Pagi tadi seramai lebih 1,500 orang yang mewakili ngo di Selangor telah berkumpul dan berhimpun di hadapan SUK Selangor bagi menghantar memorandum atas kebodohan kerajaan Selangor berkenaan isu Padang PKNS, UNISEL dan beberapa lagi yang berkaitan dengan aset negeri yang telah tergadai.

Gerakan yang diketuai oleh GPRS (Gerakan Prihatin Rakyat Selangor) telah menghala ke pintu SUK dari Dataran Shah Alam untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar. 

Rakyat Selangor semakin menyampah dengan Kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Pakatan. Beberapa ngo seperti GAPS, Waris Malaya, Persatuan Bekas Veteran Tentera Malaysia, Belia 4B dan kumpulan pendesak India telah memenuhi dataran seawal 8.30pagi.
"Rakyat Selangor menjadi rimas dan semakin hilang kepercayaan dengan kepimpinan sekarang, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang ini bukan sahaja gagal melaksanakan janji-janji dalam manifesto pilihan raya, malah terlalu lemah daripada aspek pentadbiran sehingga menjuruskan negeri ini ke arah kemunduran" 
- Zubir, Ketua Sekretariat Gerakan Prihatin Rakyat Selangor.


sumber: jawabernam 

0 comments:

Post a Comment