
Dalam kenyataan bertulisnya, Budiman mempertikaikan YB Ng
Suee Lim, Adun kawasan Sekinchan akan relevansi penjualan pangsapuri 24 unit rumah
milik Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) yang diperolehi melalui usahama MDSB
dan syarikat pemaju Montiara sekitar tahun 2003.

Ini bermakna, nilai satu unit rumah dianggarkan sekitar
RM72,500 dan ia didakwa oleh Budiman jauh di bawah harga pasaran.
Selebihnya, berdasarkan kenyataan bertulis Budiman, beliau
mahukan jawapan dari YB Ng Suee Lim yang terkenal dengan jolokan "YB mabuk" akan lima perkara:-
- Justifikasi penjualan satu blok (24 unit) pangsapuri Damai oleh MDSB ;
- Justifikasi penjualan satu blok (24 unit) pangsapuri Damai dengan harga RM1.74 juta yang dikatakan di bawah “market-value” ;
- Justifikasi tender terbuka yang hanya dimasuki oleh satu syarikat sahaja iaitu NKK Enterprise ;
- Justifikasi jualan “blanket” iaitu keseluruhan blok pangsapuri dan tidak “unit by unit” yang membolehkan keuntungan maksimum dicapai ; dan
- Persoalan mengenai kuota bumiputera dalam keseluruhan 24 unit rumah pangsapuri tersebut.
Budiman seterusnya mengancam YB Ng Suee Lim untuk membawa
perkara ini kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika
tidak menjawab kelima-lima persoalan yang dikemukan di atas.

Zailani Kadir yang menjawat jawatan YDP MDSB semenjak 15
Julai 2010 adalah pihak utama yang bertanggungjawab kepada MDSB dan sebarang
transaksi termasuklah apa-apa pelupusan hartanya.
Namun tidak hairan jika Khalid akan hanya 'berdiam diri' kerana dirinya juga kini tertekan dengan kes Talam yang melibatkan transaksi yang lebih besar bernilai hampir RM1 billion.
0 comments:
Post a Comment