Thursday, 23 August 2012

@KHALID_IBRAHIM MAHU JADI OPTIMUS PRIME


Jika pemilihan Presiden di Amerika Syarikat (AS) kempen menggunakan bas merupakan fenomena biasa dalam kempen kerana ia melambangkan status, kekayaan dan kerja berpasukan team calon Presiden yang bertanding.

Namun, sistem politik Malaysia berbeza dengan sistem politik di AS, justeru itu kempen melalui bas dianggap janggal dalam iklim politik Malaysia.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim seeperti dilaporkan 
Antaraposberkata idea kempen menggunakan bas dicetuskan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar (dan) Pakatan telah berbincang bagaimana untuk memperkenalkan pemimpin kita secara efektif dalam berkempen untuk pilihan raya.

“Bas ini bukan untuk tujuan pengiklanan, tapi bas ini akan mengumpulkan beberapa orang, tidak lebih dari 15 orang untuk sertai ceramah dan memperkenalkan pemimpin kita kepada rakyat di pelbagai bandar di Semenanjung,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Selangor tempoh hari.

Menurut Abdul Khalid, kos pengurusan kempen melalui bas itu ditanggung sepenuhnya oleh dirinya sendiri dan bukannya dari kerajaan negeri.

“Pemilik bas (adalah) saya, secara personal. Bukan milik kerajaan negeri.

“(Bas ini) tidak guna satu sen pun wang kerajaan negeri,” tambahnya tetapi tidak mendedahkan dari mana punca dana bagi bas itu diperolehi.

Bas yang kemudian dipamerkan kepada wartawan itu menunjukkan gambar Khalid dan dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terpampang jelas.

Tidak ada gambar pemimpin Pakatan yang lain dipamerkan, walaupun Khalid mendakwa gambar berkenaan akan bersilih ganti.

Turut melawat bas itu hari ini adalah Anwar dan isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail yang juga presiden PKR.

Namun, Mereka bagaimanapun tidak menyertai Khalid semasa sidang akhbar diadakan.

Menurut 
Sinar Harian bas tersebut telah digunakan untuk sambutan Aidilfitri hampir seminggu sebelum digunakan untuk kempen politik.

Bas berkenaan boleh membawa sehingga 19 penumpang pada satu-satu masa dan dilengkapi dengan pentas mini untuk kegunaan ceramah serta sistem audio yang canggih dan lengkap.


sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment