Thursday, 16 August 2012

SKANDAL #TALAM @KHALID_IBRAHIM ; BILA @CHUATY SAHUT CABARAN @TERESAKOK @TONYPUA


"Dosa kerajaan BN negeri Selangor telah pun dihukum rakyat secara ‘hablum-minan-nas’ atau hubungan sesama insan pada PRU12 tahun 2008"

Sebab itu kerajaan pakatan dipilih rakyat menolak kepimpinan berdosa BN pada PRU12 tahun 2008.

Kegagalan Mengurus Tadbir

Namun, itu bukanlah alasan untuk pakatan terus-terusan menolak kegagalan mereka menyelesaikan banyak isu yang menyelubungi atmosfera Selangor; maka ia dikaitkan dengan kerajaan terdahulu.

Contohnya, isu hutang Talam secara bulat-bulat ditolak oleh Tony Pua dan Teresa Kok sebagai kegagalan kerajaan di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka, dengan jelas mendakwa Khalid Ibrahim semampu mungkin ‘mengutip’ semula hutang-hutang terakru Talam kepada kerajaan negeri yang diikat mengikut perjanjian di antara keduanya (kerajaan dan Talam). Dan lebih dahsyat, kata mereka, perjanjian ini adalah perjanjian termeterai sewaktu kerajaan BN dahulu.

Sebab itu tidak menjadi masalah untuk kerajaan negeri Selangor (pakatan)  mengutip balik hutang Talam secara mengambil semula tanah-tanah Talam dengan harga yang didakwa oleh Teresa adalah harga mengikut perjanjian kerajaan BN dulu dengan Talam.

Itu Dosa Kerajaan Lama

Dalam erti kata lain, “oh tidak mengapa! Itu adalah dosa BN dan kita hanya membayar dosa-dosa BN dengan wang rakyat mengikut dosa sedia ada”.

Atau… “bayarkan saja duit rakyat terhadap dosa-dosa BN. Walaupun kita mampu membetulkan dosa tersebut, tapi persetankan. Menjaga Talam adalah lebih penting dari menjaga duit rakyat dan dengan itu kita tutup sahaja cerita ini dengan ‘ianya adalah dosa BN’…” NOKTAH!

Begitukah?

Jadi, apakah masalahnya untuk menunjukkan kepada rakyat perjanjian-perjanjian ‘berdarah’ antara kerajaan BN terdahulu dengan para penghutang termasuk Talam sebagaimana saranan Chua Tee Yong?

Tidak mengapa jika pun ianya dosa BN. Tunjukkan kerana BN hari ini tidak semestinya sama dengan BN pra 2008.

BN 2012 juga mungkin mahu tahu apakah kesalahan BN pra 2008 hingga dimarahi rakyat. Dalam konteks ini, saya sendiri selaku rakyat negeri Selangor mahu tahu.
Sebab itu Chua Tee Yong kata, “tunjukkan!”


Kertas Putih Janji Menteri Besar

Tunjukkan dengan mengotakan janji-janji Khalid Ibrahim sendiri.

Antaranya adalah, tunjukkan ‘KERTAS PUTIH’ sebagaimana dijanjikan oleh Khalid Ibrahim. Setidak-tidaknya, jika ikhlas Khalid dalam menunjukkan hasil kertas putih itu akan menjadi dokumentasi rasmi jika berlakunya penipuan atau penyelewengan. Jangan kata pemimpin pakatan bahkan pemimpin BN baru (pasca 2008) turut mahu menghukum kesalahan pemimpin lama.

Tetapi bagaimana jika kertas putih itu tidak menunjukkan sebarang kesalahan pemimpin lama? Atau kesalahan pemimpin lama BN benar berlaku tetapi tidak pernah dihentikan oleh kepimpinan baru pakatan bahkan disambung oleh kerajaan baru demi mengaut keuntungan sesuatu?

Atau, jika kertas putih itu adalah dokumentasi palsu yang mahu menjustifikasikan sesuatu maka ia boleh dijadikan permulaan kepada prosiding mahkamah dalam mencari kebenaran yang dimahukan rakyat?

Rasanya, kerajaan negeri Selangor di bawah pakatan sewajarnya mengotakan ‘janji-janji Khalid sendiri’ dalam menunjukkan kertas putih. Dan bukannya mengadakan sidang penerangan yang dihadiri oleh kepimpinan negeri hanya bertujuan untuk memuaskan hati sendiri.


Rakyat Masih Menunggu Kebenaran

Hishamuddin Rais (Tukar Tiub) pasti suka dengan perkataan ini… “acara melancap kerajaan negeri untuk memuaskan atau menginzalkan diri sendiri (dan pengikut tegar mereka) !”

Hanya kertas putih mampu menceritakan segala-galanya termasuk dosa-dosa lampau BN (jika ada) atau sebenarnya hanyalah alasan mudah untuk melepaskan diri dari beban politik isu Talam!


sumber: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment