Keengganan MB Selangor untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong malam tadi menimbulkan spekulasi bahawa memang wujud penyelewengan berkenaan isu Talam.
Yang lucunya, Khalid Ibrahim sebaliknya menghantar empat orang wakil - MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang), Dr Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin untuk berdepan dengan Tee Yong yang juga Pengerusi Biro Professional, Pemuda MCA.
Penulis bersetuju dengan tindakan Tee Yong tidak berdebat dengan empat wakil Menteri Besar itu yang jelas tidak adil dan jika perdebatan itu diteruskan, tidak pernah dalam sejarah manusia perdebatan mengambil tempat dengan 4 lawan 1.
Sebelum ini, Tee Yong secara konsisten menyatakan hanya akan berhadapan dengan Khalid Ibrahim sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.
Menurut Tee Yong dalam sidang media, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Khalid Ibrahim bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu TALAM.
Dalam sidang media berasingan, Tony Pua memberi alasan ketiadaan Menteri Besar pada debat semalam disebabkan Khalid Ibrahim berada di Bangkok. Namun ketika didesak, Tony Pua enggan mengulas atas urusan apa Khalid Ibrahim berada di Bangkok.
Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal TALAM kepada orang ramai yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar Pulang.
Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Haram yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih berada di dalam dewan.
Tindakan seorang penyokong Pakatan Haram berbangsa Melayu menjerit perkataan 'cina babi' hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.
Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan hingga orang ramai bersurai dengan aman . sumber: shahalamrebels
0 comments:
Post a Comment