Friday 28 September 2012

PAKATAN IS DEAD: PERSEKONGKOLAN MELAYU & YAHUDI DALAM @MKINI_BM



SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Development Loan Fund (MDLF), Harlan M. Mandel merupaka salah seorang daripada tiga pengarah Mkini Dotcom yang mengendalikan operasi portal berita pro-pembangkang Malaysiakini.

Selain Mandel yang menjadi CEO kepada syarikat yang dikaitkan dengan penyangak mata wang, George Soros itu, beberapa pemimpin pembangkang turut menjadi sebahagian daripada pemegang saham dalam Mkini Dotcom seperti merujuk kepada profil syarikat itu.

Harlan M. Mandel, CEO Media Development Loan Fund (MDLF) merupakan salah seorang  tiga pengarah Mkini Dotcom.
Mandel yang berpangkalan di New York, Amerika Syarikat (AS) dilantik sebagai Pengarah Mkini Dotcom pada Julai tahu lalu manakala MDLF pula sudah menaja operasi Malaysiakini sejak lebih sedekat lalu.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang juga Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa mengaku beliau merupakan salah seorang pemegang saham dalam Mkini Dotcom menurut laporan akhbar The Star dalam wawancara bersama Sivarasa semalam.

Selain Sivarasa, seorang lagi pemegang saham Mkini Dotcom iaitu Bruno Gentil Pereira dan CEO Malaysiakini, C. Pramesh merupakan antara aktivis yang dikaitkan dengan Suara Rakyat Malaysia (SUARAM).

Arfa'eza Aziz

Pemegang saham lain termasuk Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa'eza Aziz.

Sementara itu, laporan kewangan syarikat itu seperti yang boleh disemak daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi tahun berakhir 31 Disember 2011, Mkini Dotcom mencatatkan penurunan hasil daripada RM1.85 juta pada 2010 kepada RM1.63 juta tahun lalu seperti laporan di akhbat Utusan Malaysia hari ini.

Bagaimanapun, 'pendapatan lain' portal itu meningkat daripada RM3.26 juta pada 2010 kepada RM3.7 juta tahun lalu manakala operasi dan perbelanjaan pentadbiran pula adalah RM5.1 juta.

Dalam pada itu, menurut Mkini.blogspot.com pula, ia menerima geran daripada Kedutaan Belanda di Malaysia; Agensi Pembangunan Antarabangsa Kanada (ICFJ), Free Voice dan Friedrich Naumann Foundation (FNS) selain MLDF dan Southeast Asian Press Alliance (Seapa).

sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment