Monday, 1 October 2012

@ARMAND_PJU MABUK KOPI GARA-GARA @NGEHKOOHAM ?!



Cuba saudara, sahabat dan musuh sekalian fikirkan dan huraikan apa yang dimaksudkan oleh Ngeh Koo Ham dalam perbualannya bersama Armand Azha PJU di twitter ini.

Jika dilihat daripada gelombang menolak atau memboikot OLD TOWN WHITE COFFE sekarang ini sudah pastinya perbualan itu merujuk kepada golongan Muslim yang minum dan makan di kedai tersebut.

Maksudnya Armand mungkin mempersoalkan tentang kesahihan halal atau tidak kopi yang diminum oleh umat muslim di kedai tersebut termasuk makanannya.

Apa pula maksud Ngeh Koo Ham tentang "Tuhann Tak Kata Begitu"? Tuhan yang siapa? Agama Apa? 

Apa pula maksud "Manusi Jangan Tambah Syarat Membebankan, Tuhan Membebaskan"?

Jika merujuk semula konsep perbualan sudah pasti membincangkan soal halal atau tidak kerana soalan yang ditanya ada sijil halal atau tidak jenama kopi tersebut.

Adakah Ngeh Koo Ham maksudkan tuhan itu dalam konsep islam atau tuhannya?

Fikirkan dan huraikan... Adakah Ngeh menghina atau mengejek?


0 comments:

Post a Comment