Thursday 20 September 2012

PRO-M IS DEAD IN UITM, APA @KHALIDISMATH BOLEH BUAT? @MAHASISWAMSIA



Pilihan raya kampus di Universiti Teknologi Mara (UiTM) dijangka mengalami suasana berbeza berbanding di universiti lain apabila hanya calon Pro-Aspirasi sahaja yang bakal bertanding pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM, Mohd. Farid Zuhri Ismail berkata, perkara itu berlaku kerana pelajar di universiti tersebut menyokong segala aspirasi pihak pengurusan universiti malah berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan tempat pengajian kepada mereka.

Beliau berkata, calon pilihan raya kampus di universiti tersebut akan bertanding sesama sendiri bagi merebut dua kerusi bagi setiap fakulti.

''Ketiadaan calon promahasiswa pada pilihan raya kampus UiTM bukan kerana pihak pengurusan tidak membenarkan mereka bertanding tetapi kerana tidak ada pelajar di universiti ini yang tidak menyokong aspirasi pihak pengurusan universiti," katanya.
Sementara itu,calon Pro-Aspirasi diramal akan mencatat kemenangan besar pada pilihan raya kampus di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara yang dijadualkan berlangsung pada 20 dan 25 September ini.

Menurut seorang pemerhati politik kampus, keyakinan itu dapat dilihat berdasarkan sokongan yang diberikan terhadap kumpulan terbabit di Universiti (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Beliau turut meramalkan, persaingan sengit kedua-dua kumpulan dijangka berlaku di UIA dan UM.

sumber: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment