Thursday, 20 September 2012

@MAHASISWAMSIA DIPENGARUHI TEKTIK GERILA PAKATAN PEMBANGKANG DI UIAM #MEDIASIBERUIAM



Pilihanraya Kampus yang akan berlangsung pada 25 September ini telah mengubah landskap kempen dari luar kampus ke dalam kampus oleh pihak pakatan. Atas kekuatan jentera Pro-Aspirasi di UIAM, maka pihak Pro-Mahasiswa telah gelabah dan terpaksa mendapatkan pertolongan dari luar untuk membantu mereka menjatuhkan imej Pro-Aspirasi yang dilihat sebagai penyokong aspirasi kerajaan.

Maka bagi JB tidak mustahil yang surat ini telah dibuat dan diedarkan kepada rektor universiti untuk meninggalkan isu besar sempena menjatuhkan reputasi jentera Pro-Aspirasi.

JB juga tidak teragak-agak mengatakan yang pertolongan pakatan dari luar adalah sedikit sebanyak membantu pergerakan mahasiswa yang mendokong ideologi politik pembangkang. Dan yang lebih parah adalah mahasiswa ini di ajar untuk berkempen secara drastik bagi mendapatkan kemenangan dan mengekalkan Majlis Perwakilan Pelajar di UIAM.

Nampaknya pakatan telah berjaya menghasut mahasiswa UIAM untuk bermain politik cara kotor mereka. Tunggulah akibat yang bakal diterima oleh puak pakatan. Surat ini dikeluarkan terlebih dahulu oleh blog-blog pakatan haram dan ternyata ianya sengaja dimainkan agar reputasi UMNO dan Pro-Aspirasi hancur. 

Jahat gila permainan politik pakatan dan Pro-Mahasiswa UIAM.

sumber: jawabernam

0 comments:

Post a Comment