Tuesday, 2 October 2012

PAKATAN IS DEAD: YBK DI PIHAK YANG BENAR, @KHALID_IBRAHIM WAJAR LETAK JAWATAN

"Allahuakbar! Allah menunjukkan kebenaran pada yang teraniaya!"

Itulah yang dapat digambarkan dari keputusan saman oleh Yayasan Basmi Kemiskinan Negeri Selangor (YBK) yang dipengerusikan oleh Dato' Zainal Abidin Sakom.

YBK telah pada 25 Mac 2010 menfailkan satu saman terhadap kerajaan negeri Selangor, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (EXCO), masing-masing dinamakan sebagai defendan atas kes bagi menuntut hak ke atas rampasan tanah YBK bernilai RM73.8 juta yang dikaitkan dengan tawaran bagi membina UiTM II.

Hakim Hadariah Syed Ismail dilaporkan memutuskan dalam keputusannya di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi agar kerajaan negeri memulangkan semula tanah seluas 323.7 hektar di Serendah itu yang dirampas kerana dikatakan gagal membayar cukainya.


Apa yang masih ditunggu adalah juga keputusan saman fitnah berniat jahat yang difailkan oleh Dato Zainal Sakom terhadap beberapa individu dan entiti masing-masing dikenal-pasti sebagai YAB Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid-G, seorang exco kerajaan negeri YB Yaakob Sapari serta entiti di bawah nama "Suara Keadilan" dan "TVSelangor.com".

Selain Zainal Sakom, YBK serta anak syarikatnya iaitu Permodalan YBK Sdn Bhd turut dinamakan sebagai plaintif bersama.


Dalam tuntutannya, Zainal Sakom serta plaintif yang lain telah menyatakan bahawa mereka telah dituduh menggadaikan tanah mereka tersebut bagi kepentingan peribadi dalam beberapa artikel yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan bertajuk "Maklumat Baharu Mengenai YBK" dan "Zainal Sakom Gadai Tanah YBK".

Manakala TVSelangor.com pula telah mengeluarkan satu artikel yang juga dianggap bersifat fitnah dan jahat dengan tajuk "YBK: MB Marah Orang Melayu Tipu Melayu".

Semoga kebenaran timbul juga sebagaimana kebenaran tentang hakmilik tanah tersebut yang berpihak kepada YBK.

Kalau dah kuat menipu, orang lain semua dituduh menipu tapi diri sendiri tidak. Itulah pakatan jahat negeri Selangor di bawah Khalid-G yang mendapat didikan sempurna dari mentornya Anwar Ibrahim. Tapi akhirnya kebenaran muncul juga! Allahuakbar!

0 comments:

Post a Comment