Monday, 29 October 2012

PAS IS DEAD: HARI RAYA KORBAN ANAKMUDA GOMBAK MENGORBANKAN JAWATANKUASA MASJID ALA PAS



27/10/2012 - Anak muda Sungai Chinchin yang jelek dengan permainan dan sikap ahli PAS dikampung telah bertindak untuk melaksanakan program korban mereka sendiri tanpa terlibat dengan korban yang dianjurkan oleh parti PAS atas nama Masjid. Senario ini adalah buat pertama kali berlaku di Kampung Sungai Chinchin yang mana kalau dahulunya tiada unsur politik berlaku sewaktu kerajaan negeri Selangor di bawah pemerintahan Barisan Nasional dan setiap kali Raya Haji program korban kampung ini  amat meriah dan melibatkan sekurang-kurangnya 15 ekor lembu kerana Masjid menjadi pusat korban bagi penduduk Kampung Sungai Chinchin. Kali ini hanya 9 ekor sahaja.



Namun keadaan sekarang ini di Kampung Sungai Chinchin dah jauh berubah, perlantikan petugas dan jawatankuasa program langsung tidak melibatkan mereka yang dikatakan berat kepada Barisan Nasional. Ramai pihak yang rasa diri mereka dipinggirkan oleh pihak Masjid oleh kerana fahaman politik telah terpaksa melakukan korban masing-masing di rumah atau dikawasan sendiri sahaja. Seperti contoh keluarga rakan MNK sendiri melakukan korban 3 ekor lembu di rumah mereka sendiri dan di hadiri oleh ahli keluarga, saudara-mara dan rakan-rakan terdekat beliau. Manakala bagi golongan belia dan pemuda kampung pula hampir tiada langsung anak-anak muda kampung yang terlibat dengan program korban Masjid pada tahun ini kerana mereka mengambil jalan sendiri untuk tidak melibatkan diri dengan mana-mana pihak yang mempolitikkan ibadah korban ini dan melaksanakan program Korban mereka sendiri. 


Apa yang menyedihkan hinggakan ada dikalangan mereka yang sepatutnya dapat kupon menerima daging korban telah dinafikan hak mereka dan tidak diberi kupon kerana mereka ini menyokong UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional walhal rumah mereka berjiran dengan Masjid Kampung Sungai Chinchin ini. Tetapi Allah Maha Besar kerana tanpa di duga datang bantuan secara tidak disangka. Pada peringkat awalnya program Korban Pemuda UMNO dan Belia Sungai Chinchin ini yang hanya melibatkan 2 ekor lembu ditambah dengan  4 ekor kambing. Istimewanya ialah Kambing -kambing ini adalah sumbangan dari Dato' Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kepada Pemuda UMNO Sungai Chinchin melalui Najib Razak Club 11 atau dikenali sebagari NRC 11. 

3 ekor kambing dikorbankan atas nama Dato' Seri Hajib Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan seekor lagi disembelih untuk program BBQ dan santai Pemuda dan Belia pada malam harinya program.  


Note MNK: Terima kasih Dato' Seri Najib Tun Razak dan NRC 11 kerana menyumbangkan kambing-kambing dan juga topi-topi dan T-shirt NRC 11 kepada petugas-petugas dan Pemuda.

Laporan: gombakgempur

0 comments:

Post a Comment