Tatkala hujan lebat mula berhenti, program siri ceramah pembohongan Anwar melalui 'Program Jelajah Merdeka Rakyat' di Ijok, Selangor semalam tetap gagal menarik sambutan rakyat ke program itu.
Sebelum itu, program siri jelajah pembohongan Anwar bermula di Morib telah disambut dengan hujan lebat hingga gagal tarik kedatangan orang ramai ke program itu. Mungkin pihak penganjur boleh beri alasan kononnya faktor hujan menjadi sebab program di Morib gagal!
Yang pasti, hujan lebat yang membasahi bumi Selangor bukan konspirasi UMNO bagi menggagalkan siri jelajah pembohongan Anwar itu. Itu adalah rahmat tuhan dan mungkin bukan rahmat bagi Anwar yang terlalu berharap program itu mendapat sambutan hangat oleh Rakyat Selangor.
Ini dibuktikan dengan jumlah kehadiran yang sangat memalukan walaupun hujan lebat telah berhenti. Kejadian yang berlaku di Ijok yang merupakan salah satu destinasi siri jelajah pembohongan Anwar di Selangor semalam merupakan tamparan hebat buat Pakatan Haram di Selangor.
Apatah lagi, kawasan itu merupakan milik Menteri Besar Selangor sendiri yang kononnya didakwa sebagai kubu kuat Pakatan Haram di Selangor.
Terdetik di hati penulis, mana mungkin seramai ini sahaja orang yang hadir sedangkan yang akan memberi ceramah bukan calang-calang orang. Orang itu adalah Anwar Ibrahim! Ingat, Anwar Ibrahim!
Laporan: shahalamrebels
0 comments:
Post a Comment