Tuesday 23 October 2012

SIRI JELAJAH SELANGOR OLEH @ANWARIBRAHIM : GRAND FINALE KEGAGALAN PKR @ANWARIBRAHIM DI SELANGOR. WUJUD KERANA DUKUNGAN PAS & DAP!






SHAH ALAM 21 Oktober - Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haram merayu kepada pembangkang di Selangor (BN) supaya tidak menakutkan rakyat Selangor dengan siri pembongkaran salah guna kuasa dan salah urus tadbir yang dilakukan oleh Pakatan Haram di Selangor.

Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, isu itu sengaja ditimbulkan bagi menakutkan rakyat Selangor dan penduduk Lembah Klang.

Khalid sekali lagi cuba menafikan bahawa paras takungan empangan di Selangor masih banyak dan tidak akan kering walaupun baru-baru ini telah didedahkan paras takungan di empangan Sungai Selangor telah susut mendadak.

"Hujan lebat yang turun hari ini sudah pasti memenuhkan semula dan meningkatkan paras takungan di empangan. Rakyat tidak perlu risau," katanya di hadapan hampir 700 penyokong Pakatan Haram semalam.

Khalid turut mengulangi supaya program 'Jelajah Merdeka Rakyat' tidak diganggu.

Khalid ketika berucap di majlis makan malam pelancaran 'Jelajah Merdeka Rakyat' peringkat negeri Selangor di Seksyen 13 malam tadi yang telah dirasmikan oleh Anwar Ibrahim.

Pada siangnya, telah diadakan siri jelajah dan konvoi anjuran Kerajaan Selangor yang menampilkan Anwar sebagai penceramahnya. 

Namun Anwar dilihat tidak selesa dan beremosi ketika berceramah kerana sambutan dingin yang ditunjukkan rakyat Selangor terhadap program jelajah itu.

Pada majlis makan malam itu, sebanyak 330 buah meja disediakan untuk dijual kepada setiap Cabang PKR di Selangor bagi mengumpul dana pilihanraya dengan harga RM1,100 sebuah meja. 

Namun tidak semua meja berjaya dijual pada majlis makan malam itu yang dihadiri majoriti kaum cina.

Cabang Petaling Jaya Selatan telah diumumkan sebagai pemenang dengan mengumpul dana tertinggi sebanyak RM16,000.

Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment