Tuesday, 23 October 2012

SIRI JELAJAH SELANGOR OLEH @ANWARIBRAHIM : GRAND FINALE SIRI AKHIR - @ANWARIBRAHIM VS @NAJIBRAZAK


Semalam Wak berkesempatan untuk menghadiri siri Jelajah Anwar Ibrahim di Dataran Stadium Shah Alam bagi meninjau dan mendengar sendiri ucapan yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat dalam mempromosikan pakatan pembangkang itu.


Keadaan hujan renyai-renyai dan cuaca yang dingin menyelebungi siri Jelajah itu yang dihadiri kira-kira 2000 penyokong parti itu dari seluruh negeri Selangor. Rata-rata yang hadir dalam acara itu sememangnya kalangan jawatankuasa cawangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat termasuklah beberapa pemimpin kanan kerajaan negeri Selangor.

Turut memeriahkan acara pada siri Jelajah Anwar Ibrahim ialah Timbalan Presiden PAS, Mohammed Sabu atau lebih dikenali dengan Mat Sabu, musuh politik Anwar semesa Anwar berada dalam UMNO. Tetapi kini, Mat Sabu kelihatan terpaksa memulangkan buah keras, paku serpih apabila menerima Anwar dalam barisan kepimpinan Pakatan Rakyat.

Bukan siri Jelajah Anwar yang ingin kita fokuskan. Sebaliknya Wak ingin kita sama-sama memikirkan tentang nasib-untung bangsa Malaysia kelak di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat seandainya pembangkang menjadi pemerintah pusat di negara ini.

Namun dalam pada masa yang sama, kita boleh melihat masa depan negara ini dalam acara seperti ini memandangkan seandainya penganjuran acara berskala kecil seperti ini pun, Pakatan Rakyat tidak mampu mengawal dengan baik masakan pemimpin pembangkang mampu mengawal keadaan yang lebih besar.

Sepanjang acara ini jelas keadaan agak tidak terkawal, malah kelihatan sebilangan penyokong Pakatan Rakyat terpaksa berdiri dalam hujan renyai kerana  tidak disediakan tempat duduk. Tambahan pula, Wak difahamkan tempat duduk tersebut disediakan dengan bayaran tertentu bagi mengumpul dana pilihan raya Pakatan Rakyat.

Tidak kasihankah pemimpin Pakatan Rakyat terhadap penyokong parti itu yang terpaksa berdiri mendengar ceramah mereka? 


Lebih menyedihkan apabila melihat pemimpin Pakatan Rakyat tidak mempedulikan nasib rakyat yang hadir dalam acara itu dan membiarkan mereka terus berada di luar khemah menanti dan mendengar ucapan yang disampaikan. Malah, lebih menjentik hati Wak apabila melihat sebilangan penyokong Pakatan Rakyat  yang hadir bersama-sama anak-anak kecil berdiri di luar khemah untuk mendengar dakyah, fitnah dan tohmahan pemimpin mereka.

Walaupun hujah renyai telah berhenti, namun tidak adakah rasa kasihan terhadap anak-anak kecil ini? untuk sama-sama diundang mereka duduk dan dipersilakan menjamu selera bersama-sama barisan kepimpinan kecil Pakatan Rakyat yang berada dalam khemah?

Penyokong Pakatan Rakyat ini bukan binatang. Penyokong-penyokong inilah yang bakal memberikan undi kepada pemimpin Pakatan Rakyat itu dalam PRU akan datang, tetapi dalam acara itu, jelas agenda untuk meraikan rakyat tidak pernah ada, sebaliknya siri jelajah tersebut cuma menumpukan kepada agenda untuk menyelamatkan maruah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang semakin tercalar dengan beberapa insiden terutama berkaitan manifesto-manifesto Pakatan Rakyat yang gagal ditepati, selain masalah moral pemimpin pembangkang yang kini menjadi buah mulut rakyat di saat pilihan raya umum semakin hampir.

Selain tumpuan kepada acara ini, Wak juga sempat mendengar ucapan kepimpinan Pakatan Rakyat semakin lancang menghina nilai intelektualiti individu. Dalam ucapan Ketua Speaker Selangor, Teng Chang Kim dari DAP malam tadi yang menyatakan bahawa otak Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak cumalah sebesar titik hitam, merupakan penghinaan yang cukup jelas.

Adakah kepimpinan pembangkang semakin kehabisan modal sehingga sanggup menghina dan memandang rendah pihak lain kerana menganggap mereka lebih pintar? Bukankah tindakan seperti itu dianggap sebahagian daripada riak dan riak menjerumus ke arah Syirik?

Mungkin sebilangan penyokong PR yang turut gelak ketawa dalam jenaka pemimpin PR yang menghina kepimpinan negara terlupa bahawa kebijaksanaan dan tahap kepintaran manusia ini adalah dalam lingkungan penguasaan Allah SWT. Maka penghinaan terhadap kebijaksanaan seseorang juga merupakan penghinaan terhadap kebijaksaan Allah SWT. Secara halus, sekali lagi pemimpin cauvinis terus mempersendakan Islam dan pemimpin Islam, namun penyokong PR terus alpa dan buta hati.

Selepas Teng Chang Kim, giliran Khalid Ibrahim pula membuka pekung kepimpinan PR Selangor apabila mengakui secara berseloroh bahawa air di empangan Selangor sememangnya mengalami penyusutan dan hujan yang turun mampu memenuhi kembali empangan ini. Sudah terang lagi bersuluh, kerajaan Selangor tetap tidak mahu mengakui kelemahan mereka yang gagal mengurus tadbir negeri ini dengan baik. Malah cadangan kerajaan Pusat untuk membina Loji Rawatan Air Langat 2 ditolak mentah-mentah dengan alasan bekalan air bersih masih mencukupi.

Walau apa-apa pun penafian pemimpin pembangkang selepas ini, Wak sudah pasti Wak mampu mempertimbangkan pemimpin dan parti yang bakal Wak pilih untuk PRU akan datang. Jika rakyat masih gagal melihat, Wak harap mereka akan selalu buat solat sunat Istiharah untuk mencari panduan agar diperteguhkan hati dalam membuat pilihan terbaik, demi Islam, Melayu dan Malaysia.

0 comments:

Post a Comment