BR1M 2.0 adalah kesinambungan janji kerajaan Malaysia untuk membantu golongan sederhana berpendapatan rendah ke bawah termasuk golongan belia dan remaja.
Proses memaklum serta memberi borang BR1M sedang giat dilakukan di seluruh negara termasuk Kuala Langat.
Walaupun permohonan BR1M boleh dilakukan secara kediri melalui sistem internet, namun masih ramai rakyat Malaysia yang belum terdedah dengan kecanggihan sistem sedia ada.
Justeru, atas inisiatif Majlis Belia Daerah (MBD) Kuala Langat serta Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, BR1M 2.0 terus ligat dipromosi dari pintu ke pintu.

Pada minggu lalu sahaja, gerak kerja memberi borang BR1M ini telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat serta Hospital Besar Banting.
Hari ini, pasukan ini dengan kerjasama kukuh Kem Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) Jugra, Banting telah membuka satu kaunter bagi memberi makluman serta borang kepada anggota tentera yang masih belum mendaftar diri bagi menerima insentif kerajaan sesuai dengan tema "Janji Ditepati".

Terima kasih YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pertahanan Malaysia.
Dan setinggi-tinggi terima kasih kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia yang memungkin segala-galanya.
"TERIMA KASIH BN"
Lagi foto menarik di bawah:
![]() |
Zurihan bersama CO, Kol. Hj Mohamed Nazri |
0 comments:
Post a Comment