Sunday, 11 November 2012

EKSKLUSIF: BURUKNYA YUNUS HAIRI & ABDULLAH SANI BUKAN DI MUKA, TAPI DALAM HATI BUSUK MEREKA!!!

tapak konsert yang gelap gelita sewaktu sedang berlangsung
"Wajah sebenar Yunus Hairi, ADUN Sijangkang merangkap exco kerajaan negeri Selangor terserlah"

Busuknya hati Yunus Hairi terserlah bilamana konsert MKI anjuran Puspanada Event & Management bersama Radio Klasik RTM telah menjadi MANGSA POLITIK beliau dan sekutu-sekutunya termasuklah Abdullah Sani (ahli parlimen Kuala Langat) TIDAK DILULUSKAN pada saat-saat akhir ia bakal berlangsung.

Malam tadi, satu konsert sempena Pesta Pertanian Peringkat Negeri Selangor telah dijadualkan berlangsung dan ia berlangsung juga walaupun mendapati Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) yang menjadi 'proksi kuasa' kepada ahli exco kerajaan negeri Selangor ini membatalkannya atas alasan yang tidak kukuh dan munasabah langsung. 

Tiada maklumat lanjut selain ayat 'TIDAK DIBENARKAN' dan rata-rata rakyat Kuala Langat faham pembatalan ini adalah bersifat politik.


apa alasan munasabahnya? TIADA
Justeru, konsert yang sedang berjalan menjadi gelap-gelita dipercayai  berakibat tindakan penguasa MDKL yang memutuskan sambungan elektrik ke tapak konsert tersebut.

Puspanada dan para artis veteran seperti Ibnor Riza, Herman Tino, Azizul Khamis dan lain-lain telah menjadi mangsa berakibat dari tindakan MDKL yang menjadi 'proksi kuasa' kepada Yunus Hairi, rakan se-exco Ronnie Liu itu.

Namun, turut menjadi mangsa adalah para peniaga kecil yang sudah pun bertapak dari siang hari dan menjangkakan waktu malam iaitu sewaktu konsert berlangsung adalah 'peak-hour' bagi mendapatkan keuntungan atau setidak-tidaknya pulangan setelah membayar sewa tapak sebagai peniaga.

Yunus Hairi sewajarnya berasa malu kerana bersifat 'double standard'. 

Ini dapat dilihat jika melibatkan konsert di bawah anjuran parti beliau atau seangkatan dengannya seperti konsert 'Rock Otai' yang pernah dianjurkan tidak lama dahulu, ia pasti dibenarkan. 


artis-artis veteran yang menjayakan konsert tetapi dipolitikkan sebagai haram

laporan polis dibuat oleh penganjur konsert MKI (kredit PUcTD)

Bahkan, konsert-konsert lain yang lebih besar turut pernah dilakukan di peringkat negeri seperti di Dataran Shah Alam misalnya atau negeri serambi Mekah, Kelantan sendiri yang pernah direkodkan.


apa bezanya konsert MKI dengan konsert-konsert yang pernah dibuat oleh pakatan di Kuala Langat?
nampak tak permainan politiknya?!

Rata-rata peniaga yang ditemui melahirkan perasaan kesal dan ada darinya yang menyimpan dendam dengan berkata 

"ko tengok ajelah nanti pilihanraya.... haram aku dan keluarga aku nak undi korang semua... haram jadah punya pakatan!"

TMS turut dimaklumkan, Puspanada telah membuat satu laporan polis berkaitan insiden ini dan menimbangkan untuk menyaman MDKL.

Sebelum kejadian malang malam tadi, berbagai acara telah selamat dijalankan sempena sambutan Hari Pertanian Peringkat Negeri Selangor termasuklah ceramah agama, penerangan berkenaan pertanian dan industrinya serta korban lembu dan berbagai lagi.


lembu yang dikorbankan dan dagingnya dinikmati bersama seluruh pengunjung
tapak pesta

Yahya Mustapha (bertopi kuning), Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Kuala Langat turut memeriahkan karnival pertanian pada siang harinya

0 comments:

Post a Comment