Friday, 23 November 2012

EKSKLUSIF: #IBUTUNGGALSTRIKESBACK SIRI II - YB RODZIAH ISMAIL DIGANYANG IBU-IBU TUNGGAL DALAM PERCUBAAN MENJADI HERO

YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga

YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga dan exco kerajaan negeri Selangor cuba menjadi penyelamat menteri besarnya, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim apabila memunculkan diri dan menerima memorandum ibu-ibu tunggal negeri Selangor yang melakukan protes dan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan SUK Shah Alam sebentar tadi.

Namun, beliau ditempelak oleh para ibu tunggal yang mengerumuninya apabila berdolak-dalih tentang janji-janji manifesto pakatan pada pilihanraya 2008 lalu.

Antara alasan yang diberikan Rodziah adalah ibu tunggal mestilah memenuhi kriterianya dan ini menjadi bahan jenaka hadirin apabila semua mengatakan bahawa mereka adalah ibu tunggal dan itulah kriteria utamanya.

Ada antara ibu tunggal yang ditemui TMS menzahirkan kekesalan mereka kepada boneka-boneka Khalid Ibrahim yang menjadi ketua boneka kepada Anwar Ibrahim dan mahu Anwar bertanggungjawab terhadap penipuan mereka sewaktu pilihanraya 2008 yang lalu.

Saksikan rakamannya di bawah ini.



0 comments:

Post a Comment