TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG
-
BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG
BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan
Harapan ini.
Selama mana dia berada di kerusi AG, se...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini
disumbangkan oleh kaum Bumiputera. Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie
Ahmad berka...
MELAYU BERSATU
-
Tanggal *16 Sept 2015* mencatit sejarah bukan sahaja sempena sambutan HARI
MALAYSIA, tetapi menandakan kebangkitan Bangsa Melayu. Tahniah kepada
seluruh ...
Jari Menjadi Bukti #PRKPermatangPauh
-
Tahniah Gades ucapkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah
kerana berjaya mengekalkan penguasaan PKR di Permatang Pauh.
Nampaknya bukan rezeki Abang Mie untu...
Dah Kalah Kalah lah
-
HEhehehehe, Lolong bercuti lama dari menulis. Sebab tekanan perasaan
melihat senario politik negara yang semakin menggila kerana kegilaan
seseorang yang ma...
Mari kita dengarkan kembali ayat wakil ibu tunggal ini, Munarti Sulaima, di dalam petikan klip video di bawah antara minit 1:00 hingga 1:03
"...haa mampuslah kau ibu tinggal!"
Itulah luahan hati beliau mengenangkan nasib para ibu tunggal di negeri Selangor yang dipermainkan oleh kerajaan negeri di bawah pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim. MANIFESTO BUKAN JANJI adalah antara ayat-ayat YB Rodziah sebelum ini apabila ditanya mana janji-janji pilihanraya terdahulu termasuklah wang ihsan kepada ibu tunggal. Keadilan akan ditegakkan apabila hari ini permohonan kerajaan negeri Selangor untuk membatalkan saman dikemukakan oleh 2,020 ibu tunggal bagi menuntut sejumlah RM10.9 juta telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Hakim Datuk Yaacob Mohamad Sam dalam keputusannya memaklumkan tuntutan plaintif (ibu tunggal) sebagaimana dibawa oleh peguamnya, Azyan Alia Yusof punyai asas dan merit justeru menolak hujah peguam Vishal Kumar yang mewakili defendan (kerajaan negeri) dan seterusnya mengarahkan defendan memasukkan pembelaan mereka 14 hari dari tarikh hari ini (kelmarin). Kita lihat akhirnya siapa yang akan MAMPUS! Kerajaan pakatankah atau ibu tunggal?
Mana Khalid Ibrahim? Tak Berani Ke Dengan Ibu Tunggal?
1. Hari ini, jam 10.00 pagi hampir 2000 orang ibu-ibu tunggal seluruh Negeri Selangor telah berkumpul di hadapan pejabat Menteri Besar Selangor menuntut supaya Kerajaan Negeri menunaikan janji manifesto mereka pada PRU-12 yang lalu.
2. Menurut manifesto PKR tersebut, mereka dengan jelas menjanjikan elaun bagi ibu-ibu tunggal yang layak. Namun begitu, janji hanya tinggal janji sahaja.
3. Pintu pagar Bangunan SAAS yang kononnya terbuka kepada rakyat hari ini dikunci. Ibu-ibu tunggal ini yang juga rakyat negeri Selangor dinafikan hak mereka untuk berjumpa Menteri Besar.
4. Selepas hampir 2 jam berdiri di luar pintu pagar, akhirnya Khalid Ibrahim menghantar Exco Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail. Nampaknya Khalid tidak berani untuk berjumpa ibu-ibu tunggal, rakyat beliau sendiri!
5. Namun begitu, Rodziah memberikan satu penjelasan yang didapati amat tidak memuaskan hati semua pihak.
6. Manakan tidak, beliau memanipulasikan manifesto yang PKR sendiri zahirkan semasa PRU-12 yang lepas.
7. Menurut beliau, janji 'Elaun untuk ibu-ibu tunggal seluruh negeri Selangor yang layak' tidak semestinya berbentuk kewangan. Ia adalah satu jenis peruntukan yang mungkin disalurkan melalui pelbagai cara.
8. Kemudian beliau mendakwa bahawa pihak beliau tidak mempunyai data ibu-ibu tunggal Negeri Selangor, dan ibu tunggal inilah yang bertanggung jawab untuk memberikan data tersebut kepada beliau!
9. Apakah selama hampir 5 tahun memerintah Negeri Selangor ini, beliau selaku Exco Wanita pula tidak mempunyai sebarang data yang boleh digunakan? Makan gaji butakah beliau ini!? Tidak pernah turun padangkah beliau ini!?
10. Kemudian tentang isu elaun bukan berbentuk kewangan adalah satu lagi jenis penipuan yang maha dasyat. Apabila menyebut elaun, sudah tentu terlintas di kepala setiap manusia yang ada di atas muka bumi ini ia haruslah berbentuk wang ringgit.
11. Namun, Rodziah menjelaskan bahawa elaun tersebut mungkin melalui peruntukan-peruntukan lain yang tidak diketahui ole setiap ibu tunggal yang hadir!
12. Satu penipuan yang sangat teruk oleh Exco Negeri Selangor ini!
13. Kononnya Kerajaan Negeri Selangor ini amat berjaya dalam menguruskan kewangan negeri sehingga mendapat hasil RM 2.4 Billion pada tahun 2012.
14. Bilangan ibu tunggal di Selangor ada lebih kurang 27,000 orang, maka sekiranya diberikan elaun sebanyak RM 500 secara 'one-off' sekali pun, Kerajaan Negeri akan mengeluarkan RM 13.5 Juta sahaja.
15. Tidak terjejaspun angka hasil yang kononnya RM 2.4 Billion ataupun RM 2,400 juta tersebut. Melainkan sekiranya angka tersebut hanyalah di atas kertas sahaja dan bukannya pegangan sebenar.
16. Dalam isu Talam pula, Khalid boleh mengeluarkan RM 392 juta, inikan pula RM 13.5 juta.
17. Maka benarlah bahawa Kerajaan PKR pimpinan Khalid Ibrahim bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi untuk diri sendiri.
18. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!
Berjumpa peguam... sudah! Berhimpun dan sampaikan hasrat... sudah! Tapi apakah malang nasib para ibu tunggal di Selangor ini? Sudahlah ditinggalkan suami (bagi kes perceraian)... Atau tiada siapa yang mahu menjaga mereka (bagi kes kematian suami). Kini berharap agar janji pilihanraya lalu ditunaikan pun tak dapat. Terasa sungguh mereka ditipu dan dianiaya. Dengarkan keluhan ibu tunggal yang merasakan diri mereka dipermainkan oleh pakatan rakyat yang membentuk kerajaan negeri Selangor sesudah pilihanraya 2008. Rakamannya seperti yang berikut:
YB Rodziah Ismail, ADUN Batu Tiga dan exco kerajaan negeri Selangor cuba menjadi penyelamat menteri besarnya, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim apabila memunculkan diri dan menerima memorandum ibu-ibu tunggal negeri Selangor yang melakukan protes dan demonstrasi di hadapan pintu masuk utama Bangunan SUK Shah Alam sebentar tadi. Namun, beliau ditempelak oleh para ibu tunggal yang mengerumuninya apabila berdolak-dalih tentang janji-janji manifesto pakatan pada pilihanraya 2008 lalu. Antara alasan yang diberikan Rodziah adalah ibu tunggal mestilah memenuhi kriterianya dan ini menjadi bahan jenaka hadirin apabila semua mengatakan bahawa mereka adalah ibu tunggal dan itulah kriteria utamanya. Ada antara ibu tunggal yang ditemui TMS menzahirkan kekesalan mereka kepada boneka-boneka Khalid Ibrahim yang menjadi ketua boneka kepada Anwar Ibrahim dan mahu Anwar bertanggungjawab terhadap penipuan mereka sewaktu pilihanraya 2008 yang lalu. Saksikan rakamannya di bawah ini.