Tuesday 20 November 2012

EKSKLUSIF: @SINARONLINE BOHONG RAKYAT NEGERI SELANGOR?

"Siapa tipu? Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor atau Sinar Harian? "

Namun Sekretariat Anak Muda Selangor (SERANG) yang dipengerusikan oleh Budiman Zohdi menyatakan terdapat dua maklumat berbeza iaitu hebahan makluman yang dinyatakan dalam akhbar Sinar Harian dan jawapan yang dibentangkan dalam sidang dewan undangan negeri Selangor.

Pada item (7) gambar di atas, dengan jelas terpampang perbezaan maklumat antara kenyataan dalam sidang dewan bertarikh 26/3/2012 berbanding hebahan akhbar Sinar Harian bertarikh 30/10/2012.

Jawapan kerajaan negeri menyatakan bahawa terdapat 107 buah rumah kos rendah telah siap dibina dan seterusnya diduduki di Hulu Selangor.

Namun pada hebahan akhbar bertarikh 30/10/2012, akhbar Sinar Harian dengan jelas menyatakan bahawa tiada rumah yang disiapkan apatah lagi diduduki.

Begitu juga pada item (8) apabila dinyatakan bahawa tiada perumahan kos rendah dibina di Kuala Selangor namun kenyataan akhbar Sinar Harian menyebut bahawa terdapat 191 buah rumah yang sedang atau bakal dibina.

PERSOALANNYA; SIAPAKAH YANG MENIPU? KERAJAAN NEGERI SELANGOR ATAU SINAR HARIAN?

Manakala Zurihan Yusop, ketika dihubungi oleh TMS menyatakan kekesalan beliau mewakili ANAK MUDA KUALA LANGAT kerana terasa terpinggir dan diabaikan apabila tiada langsung peruntukan bagi rumah kos murah di parlimennya (Kuala Langat).

Ujarnya, Kuala Langat terutama DUN Sijangkang punyai seorang exco kerajaan negeri (Dr Yunus Hairi) namun kelihatan jelas beliau gagal membela nasib masyarakat Kuala Langat amnya, dan Sijangkang khususnya kerana gagal mendapatkan  atau berusaha untuk mendapatkan kuota bagi rumah murah tersebut.

"Adakah beliau rasa semua orang Kuala Langat sudah begitu kaya dan tidak memerlukannya?", ujar beliau yang juga merupakan Setiausaha SERANG.

Lagi penipuan berlaku seperti yang tertera dalam gambar di bawah ini.



0 comments:

Post a Comment