Sunday, 18 November 2012

EKSKLUSIF #SINDROMLAJIM IV : KETUA PEMUDA MANA TERLIBAT "BELI INSURAN" SERTA SABOTAJ UMNO SELANGOR? SEPANG? SERDANG? PUCHONG ATAU PANDAN? - @NAJIBRAZAK @KHAIRYKJ


Beberapa pos Wak sebelum ini telah memberikan sedikit klu mengenai kewujudan agenda individu-individu tertentu dalam UMNO yang sanggup mengkhianati parti demi meneruskan survival politik peribadi mereka. Keadaan ini mungkin kedengaran seolah-olah seperti sebuah spekulasi, namun dalam suasana politik semasa tiada sebarang perkara yang mustahil.


Anwar merupakan antara politikus yang cukup licik dalam wajah politik negara

Dalam sejarah politik Malaysia sendiri telah memperlihatkan betapa Anwar Ibrahim merupakan seorang politikus yang licik. Dan kini, Anwar sanggup "menjual" insurans kepada kelompok pemimpin-pemimpin mabuk kuasa dan harta ini demi memastikan matlamatnya menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri Malaysia tercapai. Apa-apa sahaja sanggup dilakukan Anwar, asalkan Pakatan Rakyat berjaya memenangi Pilihanraya Umum Ke-13 nanti.

Anwar sebenarnya khuatir andai Pakatan terus tewas dan dia terpaksa mengotakan kata-katanya sendiri untuk bersara dari arena politik (sila klik disini). Tambahan pula, dana-dana yang disalurkan kepada Pakatan Rakyat melalui NGO-NGO proksi dengan keyakinan pihak pembangkang bakal memenangi PRU akan datang, mesti "dibayar" dengan apa-apa juga cara (sila klik di sinisinisini). Dan ketika ini, Anwar begitu terdesak untuk memenangi pilihanraya. Jelas, Anwar terpaksa mengambil sebarang risiko andai Pakatan terus tewas dengan bersedia untuk melepaskan semua jawatan politik yang disandangnya kini.

Demi Survival Politik

Melihat realiti ini, Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat akan berusaha habis-habisan untuk mewujudkan gelombang persepsi bahawa Pakatan semakin diterima baik kalangan rakyat dan bersedia untuk mengambil-alih Putrajaya pada bila-bila masa. Walhal secara realitinya, gelombang itu hanya berputar sekitar penyokong Pakatan Rakyat semata-mata.

Namun sebalik keadaan ini, beberapa pemimpin politik turut khuatir dengan nasib mereka di dalam UMNO. Tempoh memegang jawatan yang terlalu lama dalam UMNO menyebabkan mereka khuatir andai karier politik mereka semakin malap, lebih-lebih lagi beberapa muka baru dilihat semakin bersinar dan bersedia untuk mengantikan mereka pada bila-bila masa. Malah, apabila nama mereka diura-urakan sebagai tidak dicalonkan, mereka sudah memikirkan beberapa kemungkinan termasuklah menyertai pihak lawan semata-mata memastikan kerjaya politik mereka tidak berakhir.

Ketika itulah, Anwar mula menggunakan beberapa proksinya di dalam UMNO untuk menjual insurans kepada pemimpin-pemimpin itu dan menabur pelbagai janji manis agar individu-individu tersebut terpengaruh.

Tamrin terpaksa meninggalkan UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat setelah melihat karier politiknya semakin malap dalam UMNO.

Ironiknya keadaan ini telah pun berlaku sehingga menyebabkan beberapa pemimpin veteren UMNO sanggup meninggalkan parti demi memburu kuasa. Nama-nama seperti Tamrin Ghafar, Kadir Sheikh Fadzil, Lajim Ukin dan beberapa nama lain lagi ternyata bersedia mengambil keputusan segera untuk meninggalkan UMNO setelah melihat realiti bahawa kerjaya politik mereka dalam parti itu bakal berakhir.

Kesempatan ini tidak dipersia-siakan Anwar yang menawarkan "insurans" kepada pemimpin-pemimpin tersebut demi memastikan agendanya berjalan lancar dan pemimpin-pemimpin itu tidak mengambil kata putus yang lama untuk sanggup membeli insurans daripada ketua pembangkang itu.

Muka Baru

Setelah beberapa bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang dahulu pernah menjawat jawatan penting sama ada dalam kabinet dan parti sanggup mengkhianati parti, kini Anwar terpaksa mencari seberapa banyak lagi pemimpin-pemimpin lain dalam UMNO untuk turut bersama-samanya dan Pakatan Rakyat. Namun tindakan Anwar yang menghantar beberapa orang proksinya untuk memujuk pemimpin-pemimpin dalam UMNO membeli insurans politik ternyata berjaya dikesan beberapa pihak lain.

Beberapa pemimpin UMNO Selangor dikesan antara individu yang sedang dipujuk untuk membeli insurans daripada Anwar Ibrahim. Lawatan pemimpin-pemimpin UMNO tersebut di Jakarta dengan alasan sedang menghadiri persidangan, rupa-rupanya adalah helah semata-mata. Sebaliknya pemimpin-pemimpin tersebut sedang mengadakan pertemuan dengan Anwar Ibrahim dan dipujuk untuk membeli insurans daripada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Pemimpin-pemimpin ini pernah memegang jawatan penting dalam UMNO di peringkat negeri. Malah mereka dilihat sebagai antara proksi dan tulang belakang kepada bekas Menteri Besar Selangor sendiri. Namun dalam suasana politik semasa, ternyata mereka menyanggupi apa-apa sahaja hinggakan mengkhianati parti asalkan kelangsungan politik mereka tidak terjejas.
Siapakah antara kalangan pemimpin UMNO Selangor yang sanggup membeli insurans daripada Anwar Ibrahim?

Perjumpaan pemimpin-pemimpin UMNO Selangor itu dengan Pak Anwar di Jakarta nampaknya tidak mampu disembunyikan lagi. Apatah beberapa pasang mata yang melihat sendiri, pengawal peribadi Anwar Ibrahim telah menyerahkan sejumlah wang kepada pemimpin tersebut di dalam tandas di :apangan Terbang Soekarno-Hatta, Jakarta. Persoalannya, apakah tujuan wang itu diserahkan? Untuk membeli pemimpin tersebut? Untuk memaksa pemimpin tersebut mensabotaj parti?

Walaupun sebilangan pemimpin tersebut kini tidak lagi memegang jawatan utama dalam UMNO negeri, tetapi pengaruh mereka masih kuat sementelaah lagi mereka masih berperanan dalam beberapa syarikat bertaraf GLC

Seandainya kepimpinan tertinggi parti gagal untuk mengesan kelompok pemimpin-pemimpin tersebut, Wak khuatir akan berlaku sabotaj besar-besaran menjelang PRU akan datang. Apa-apa pun, kita nantikan tindakan yang akan dilakukan kepimpinan parti dalam menangani skandal sebegini. Dan InsyaAllah, skandal seperti ini tidak akan mengoyahkan UMNO sedikitpun untuk kembali menawan Selangor dalam PRU Ke-13.

Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment