Sunday 25 November 2012

KHAS: DALAM DIAM MALAYSIA MAIN PERANAN PENTING GENCATAN SENJATA ISRAEL-HAMAS TERMETERAI

(klik sini)
"Suratan atau kebetulan? Namun, jika anda teliti gambar di atas diambil sewaktu YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertemu Presiden Amerika, Barrack Obama di Phnom Penh sewaktu Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin ASEAN-AS"

Tarikhnya adalah 20/11/2012 waktu tempatan dan berita mengenainya meluas pada keesokan harinya, 21/11/2012.

Obama berjanji untuk mendengar suara Malaysia khasnya, dan ASEAN amnya serta lain-lain negara Islam akan keprihatinan tinggi mereka terhadap isu Israel-Gaza.

Tidak sampai 24 jam setelah pertemuan Obama/Najib, satu perjanjian gencatan senjata termeterai antara kedua-dua Israel mahupun Hamas (bagi pihak Gaza) dan tarikh insiden itu berlaku adalah 21/11/2012 jam 9 malam waktu tempatan.

(klik sini)

Berita gembira bagi seluruh umat Islam dunia ini mula tersebar luas keesokan harinya bersamaan 22/11/2012.

Benarkah, Amerika mendengar "SUARA MALAYSIA" seperti tajuk utama akhbar Utusan Malaysia tersebut?

Sama ada suratan mahupun kebetulan, Malaysia sentiasa memainkan peranan penting selaku anggota Pertubuhan Negara-Negara Islam Se-Dunia (OIC) yang membawa suara umat Islam seantero dunia.

Wallahua'lambissawab!

0 comments:

Post a Comment