Wednesday 7 November 2012

PAKATAN IS DEAD: " @ANWARIBRAHIM BOLEH BANTU SAYA" KATA BADROLAMIN. INILAH JADINYA KALAU EXCO AGAMA @KHALID_IBRAHIM



Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Dr. Badrolamin Baharon berkata, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim ada menawarkan sokongan dan sedia membela beliau jika Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenakan tuduhan ke atasnya berhubung kemunculannya pada satu majlis anjuran bekas pengikut al-Arqam di Rawang, Khamis lalu.

Menurutnya, Anwar ada memberi pesanan kepadanya melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sehari selepas ditahan pihak  JAIS .

“Anwar ada memberi SMS kepada saya selepas ditahan. Beliau sempat memberi pesanan kepada saya supaya sentiasa bertenang dan tidak terlalu risau atas siasatan yang dijalankan pihak JAIS,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Badrolamin ditahan dalam serbuan JAIS ke atas satu acara dianjurkan bekas pengikut al-Arqam dan laporan akhbar ada mendakwa Badrolamin merupakan tetamu khas majlis sambutan ulang tahun kelahiran Ashaari.

Bagaimanapun, sehari selepas ditahan, beliau menafikan terlibat dalam acara tersebut dan hanya datang semata-mata mahu membawa keluarganya menikmati lagu nasyid yang disajikan kepada tetamu malam itu.

“Setakat ini, tidak ada sebarang keputusan oleh pihak JAIS dan saya masih menunggu keputusan. Jika terpaksa dibawa ke muka pengadilan Anwar sedia membantu saya, tidak apa yang perlu dirisaukan,” ujarnya - sumber

Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment