Tuesday 6 November 2012

#SKANDAL_WATERGATE : @KHALID_IBRAHIM DAN HIPOKRASINYA



Ramai yang pasti tertarik dengan ulasan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim baru-baru ini dalam sebuah sidang media di Parlimen berkenaan Selangor tidak menghadapi sebarang krisis bekalan air seperti dilaporkan media massa. Apatah lagi Khalid turut mendakwa bahawa rizab air di negeri ini begitu banyak, namun begitu mengakui menghadapi masalah kekurangan bekalan air bersih terawat.

Walau bagaimanapun, Khalid masih berdolak-dalik dengan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang didakwanya tidak memberi impak segera kerana memerlukan masa pembinaan sekitar tiga hingga empat tahun, apatah lagi Khalid sendiri tidak mendapat sebarang manfaat kendatipun ketika ini dia menjawab jawatan Menteri Besar.

Wak begitu tertarik dengan pemikiran "bijak" Khalid yang mencadangkan semua pihak termasuk Syarikat Bekalan Air Selangor untuk mencari mekanisme bagi mengurangkan Air Tidak Terhasil (Non-Revenue Water - NRW) sehingga 33 peratus. NRW boleh didefinisikan sebagai kehilangan kuantiti air terawat tertentu semasa proses pengagihan air dilakukan disebabkan pelbagai punca termasuk sistem perpaipan dan pelbagai faktor lain.

Sebenarnya cadangan Khalid ini cukup bagus secara teorinya, namun pelaksanaannya ternyata menelan kos lebih besar dan menelan masa lebih panjang memandangkan melibatkan pengurusan sistem perpaipan di seluruh negeri Selangor. Seperti cadangan Pembenihan Membran Awan yang dicanangkan Khalid dan "pemikir-pemikirnya" ternyata cadangan ini juga merupakan langkah tidak strategik dan praktikal dalam menghadapi krisis air Selangor yang dijangka bermula sekitar tahun 2014.

Memetik kenyataan di portal MyKMU berkenaan isu ini (sila klik di sini)

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) melalui pakar-pakar industri air sebelum ini telah pun membuat kajian terperinci mengenai masalah air di Selangor selepas mengalami krisis yang menjejaskan kehidupan rakyat negeri itu dan sekitar Lembah Klang pada tahun 1998 dulu. 
Dalam kajian tersebut dan berdasarkan peningkatan kepadatan penduduk serta kepesatan industri perniagaan di Selangor, krisis air itu akan berulang lagi pada tahun 2014. Memandang Langai 2 belum dibina, lapan projek mitigasi terpaksa dilaksanakan untuk menampung bekalan air dan mampu bertahun sehingga 2016. 
Malah kini, rakyat dan kawasan industri di sebelah selatan negeri itu telah mula merasai bahang krisis di mana beberapa kawasan tidak mendapat bekalan dan mengalami masalah tekanan air rendah sehingga menjejaskan kualiti kehidupan mereka.

Persoalannya, adakah Khalid mengambil kira pandangan pakar-pakar SPAN ini sebelum mencadangkan sebarang tindakan susulan untuk persiapan menghadapi krisis air berkenaan?

Ternyata Khalid belum benar-benar memahami hasrat Kerajaan Persekutuan yang mahukan Loji Rawatan Air Langat 2 dibina atas keperluan memenuhi kehendak bekalan air bersih jangka panjang memandangkan Loji Air Langat 2 dianggap lebih efeksien dalam menangani krisis ini.

Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment