Friday 30 November 2012

#PAU2012 : [VIDEO] DIALAH ISTERI, DIALAH IBU, DIALAH SERIKANDI SANG SAKA BANGSA @NAJIBRAZAK @MUHYIDDINYASSIN @SHAHRIZATJALIL @TUNFAISAL


Merekalah isteri... merekalah ibu... merekalah yang menghayun buaian dan membesarkan kita.

Tidak hanya pandai mendodoikan anak, lebih dari itu merekalah juga yang tegak berdiri, bersatu dan bersetia menyanyikan lagu keramat UMNO, Sang Saka Bangsa. 



Mereka ini WANITA bergelar "SERIKANDI" oleh Timbalan Presiden UMNO, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam ucapan perasmian mesyuarat agung sayap-sayap parti UMNO, tiga hari yang lalu.

Ada pepatah lama menyebut, syurga di tapak kaki ibu. 

Wanita UMNO wajar diberikan penghormatan tertinggi dalam sayap-sayap parti tersebut dan antara penentu kemenangan Barisan Nasional (BN), pada masa lalu. 

Pada Wanita jugalah UMNO berserah, agar dapat parti keramat ini diperkasa, di samping 'hulubalang Pemuda' dan 'permata Puteri' menuju ke pilihanraya umum 13. 

Selebihnya, bersama-sama kita berdoa dan bertawakkal kepada Yang Esa, semoga peroleh kemenangan hendaknya, mudah-mudahan... Insya'Allah.

0 comments:

Post a Comment