SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.

MEDIA MAYA RASMI PRU 13 BN SELANGOR

Membawa lintas langsung Pilihanraya Umum 13 terus ke kaca komputer anda.

SAYANGI SELANGOR, YAKINI BN

Pastikan sokongan kita kepada Barisan Nasional

AKUJANJI BARISAN NASIONAL

Menepati Janji, Membawa Harapan.

SELANGOR BAKAL DITAWAN

Kembalikan Selangor kepada Barisan Nasional


Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, 11 March 2013

[POLITIK] MESYUARAT TERGEMPAR AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO BERSAMA MENTERI-MENTERI BESAR BN - #PRU13


Sumber yang kami perolehi memaklumkan satu mesyuarat ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno sedang berlangsung di tingkat 38, ibu pejabat Umno pusat, menara Tun Hussein Onn, PWTC.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak turut dihadiri oleh menteri-menteri besar kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN).

Jika sumber maklumat ini tepat maka ia menguatkan desas-desus pemerhati politik negara yang menjangkakan pengumuman pembubaran dewan parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.

Menjelang 13 Mac, maka genaplah lima tahun semenjak pilihanraya umum kedua belas (PRU12) berlangsung pada tahun 2008.

Namun, kerajaan pusat BN berhak untuk membiarkan tempoh matang dewan parlimen terbubar secara otomatis mengikut peruntukan perlembagaan iaitu pada 28 April hadapan.

Bagi dewan undangan negeri pula, negeri Johor adalah negeri pertama yang akan terbubar secara otomatis iaitu pada 21 Mac manakala Terengganu adalah yang terakhir terbubar secara otomatis iaitu pada 5 Mei.

Jika kerajaan BN membiarkan dewan parlimen terbubar secara otomatis, maka melalui peruntukan perlembagaan membenarkan kerajaan sedia ada ditadbir secara 'care taker' namun hendaklah dalam masa 60 hari melaksanakan proses demokrasi iaitu membuang undi.

Dengan mesyuarat yang begitu penting malam ini, adalah tidak mustahil dewan parlimen dibubarkan awal dan tidak menunggu tarikh had matang yang dibenarkan.

Monday, 25 February 2013

TAHNIAH MOHD ZIN, NOH OMAR KEKAL TIMBALAN PENGERUSI UMNO PERHUBUNGANNEGERI



Tahniah diucapkan kepada Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed atas keyakinan yang diberikan oleh YAB Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi mengemudi jentera Barisan Nasional (BN) negeri Selangor selaku timbalan pengarah.

Bagaimanapun jawatan pengarah jentera BN tetap dipegang oleh Najib sendiri bersesuaian dengan statusnya selaku pengerusi perhubungan Umno negeri Selangor.

Teka-teki siapa yang berkuasa di Selangor terjawab apabila terlalu banyak desas-desus timbul rentetan pertindihan arahan antara setiausaha perhubungan iaitu jawatan yang dipegang oleh Mohd Zin sebelum ini dan Dato Seri Noh Omar selaku timbalan pengerusi Umno perhubungan negeri.

Namun, dengan perlantikan yang diumumkan oleh Najib sendiri sewaktu mempengerusikan mesyuarat BN negeri Selangor di Shah Alam Sabtu lalu, ia sekaligus mematikan 'cakap-cakap warung kopi' yang membantutkan banyak perkara dan dilihat hanya membuang masa jentera parti sewaktu pilihanraya umum ke 13 hanya tinggal beberapa minggu atau bulan sahaja lagi.

Tahniah diucapkan kepada Mohd Zin.

Noh Omar walau bagaimana pun kekal selaku timbalan pengerusi Umno perhubungan negeri dan jawatan yang disandangnya amat penting selepas selesai pilihanraya umum kerana ada satu lagi proses pemilihan iaitu pemilihan jawatan-jawatan penting di dalam Umno termasuk ahli majlis kerja tertinggi atau MKT.



Monday, 28 January 2013

[EKSKLUSIF] SIAPA KATA PROGRAM UMNO/BN TAK DAPAT SAMBUTAN? #UNDIBN


Alhamdulillah... Program sambutan Maulidur Rasul anjuran Penyelaras DUN Taman Medan dgn kerjasama JASA Malaysia yang turut dibantu oleh ramai persatuan-persatuan penduduk serta surau-surau berdekatan PJS, menarik sehingga hampir 1500 penduduk sekitar PJS di kemuncak program malam semalam...





ps: Siapa kata program BN dah tak de sambutan, dan rakan aku kata malam tadi Mat Sabu ada buat ceramah kat Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor, area ceramah di kawasan padang bola.. 

Ingat kan ribu-ribu yang datang, tapi setakat 300-500 orang dan ramai orang luar... ai itu je ke standard Mat Sabu, pengikut datang cenggitu.. keke.. kita ada otak leh fikir sendiri.. nak aura positif ke nak aura negatif...

Laporan: Headbomb

[PAS IS DEAD] USTAD NASHA AKHIRNYA DIBUANG DARIPADA MAJLIS SYURA PAS!!!


Akhirnya Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Bekas Timbalan Presiden PAS digugurkan keahliannya dalam Majlis Syura Ulama PAS. Ini tidak menghairankan kerana pelbagai usaha telah dibuat untuk menjatuhkan beliau. Gagasannya untuk perpaduan Ummah ditentang parti yg menggunakan nama Islam dalan nama politiknya.
Ustaz Nasha dikenali sebagai Ulama muda yang sangat dihormati. Kekalahan beliau dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden juga satu percaturan parti apabila meletakkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk mencabar kedudukan tersebut. Ini tak lain hanya untuk memecah undi ulama.
image
gambar PM di Gaza bersama Ust. Nasha
Kehadiran Ust. Nasha dalam banyak acara bersama PM terutamanya acara keagamaan atau mendekatkan diri dengan agama Islam dilihat satu ancaman.
Namun PAS masih tidak berani mengugurkan keahlian Ust. Nasha kerana umum mengetahui beliau mempunyai pengaruh dan sokongan kuat ahli parti. Ini berlainan dengan Hassan Ali yg dipecat kerana menentang maksiat di Selangor.
Lolong: Sedih apabila haru-biru politik menyebabkkn org bijak disingkirkan. Lupakah mereka pada Hang Nadim?
Laporan: Lolong

Sunday, 27 January 2013

[PANAS] YB HASIMAN KUALA LANGAT MASUK DAP???




Panas berapi..benarkah apa info yang team media puctd terima ni.risik punya risik..confirm..

Memang sah YB Hasiman dan Philip Tan (yang kini tengah hangat dengan permasalahan dalaman dengan dap kuala langat) duduk semeja sambil disaksikan rakyat jelata.perh..bersejarah ni..

Adakah YB Hasiman sertai DAP?atau Philip Tan sertai Barisan Nasional?

26 januari 2013 menjadi saksi bahawa  walaupun berlainan idealogi politik namun pemimpin barisan nasional boleh duduk semeja dengan pemimpin pembangkang.tak macam program anjuran dap..asyik bergaduh aje dan asyik tak jemput pemimpin mereka langsung.

Tahniah aku ucapkan kat persatuan peniaga cina kuala langat di atas penganjuran majlis penyampaian sumbangan
tahun baru cina kepada hampir 300 orang warga emas.tahniah juga kat pemimpin-pemimpin yang hadir.


Demi rakyat..korang sanggup ketepikan idealogi..

Laporan : PemudaTelokDatok

Saturday, 12 January 2013

[LAPORAN KHAS] KUALITI 80,000 AHLI PAKATAN PAS+PKR+DAP+3rd FORCE VS 80,000 ORANG UMNO. #KL112 GAGAL!




1. MalaysiaKini telah mengeluarkan laporan mereka menyatakan bahawa jumlah kehadiran adalah 50K. Pihak blogger pro-pembangkang pula dengan tidak segan-silunya mencampakkan angka 100K. Manakala PDRM pula dalam anggaran 35K dan pemerhatian saya sendiri turut bersetuju dengan pihak polis dengan paling tinggi jumlah kehadiran hanyalah 40K sahaja.

2. Gambar menceritakan segalanya. Mudah untuk menambah tokok bilangan khalayak dengan aplikasi seperti Photoshop, tetapi untuk mengurangkan bilangan khalayak adalah mustahil.

3. Sehingga ketibaan DS Anwar Ibrahim, jalanraya di sekitar Stadium Merdeka tidaklah sesak dan lengang sedikit daripada hari-hari biasa. Sekiranya sasaran mereka 1 juta kehadiran, ternyata misi mereka ini gagal.

4. Mat Sabu pernah berjanji di hadapan blogger-blogger pro-pembangakang seperti Ameno World, MiloSuam, Aduka Taruna serta di hadapan Hishammuddin Rais sendiri, jika gagal mengumpulkan kehadiran 1 juta orang, maka beliau akan bersara dari politik. Tetapi, seperti ramai yang tahu, janji Mat Sabu adalah janji ahli politik pembangkang. Tidak akan tertunai sampai bila-bila.

5. Sekiranya kita lihat mereka yang datang hari ini sudah tentunya terdiri daripada jentera parti Pembangkang sendiri. Ditambah pula dengan ahli-ahli parti berkenaan. Serta pihak ketiga yang pro kepada pembangkang.

6. PAS sendiri yang mempunyai keahlian seramai 2 juta orang, manakala PKR pula seramai 400K orang dan DAP sendiri seramai 200K keahlian. Ditambah pula dengan sokongan dari pihak ketiga yang boleh mencecah 100K orang.

7. Dijumlahkan keseluruhan mereka ini adalah lebih kurang 2.7 juta orang. Dan sekiranya kita bersetuju dengan jumlah yang diberikan oleh MalaysiaKini, jumlah keberkesanan mereka hanyalah pada 1.8% sahaja dan jika diambil jumlah 1 juta seperti yang disasarkan penganjur maka keberkesanan mereka hanyalah pada tahap 5% sahaja.

Kegagalan Pakatan, Kejayaan UMNO


1. Sekiranya kita bandingkan dengan Perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO yang dianjurkan di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari ternyata keberkesanan UMNO adalah lebih daripada gabungan ketiga-tiga parti Pakatan ini termasuk dengan sokongan pihak ketiga sekali.

2. Perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO yang mencatatkan kehadiran sejumlah 100,000 orang dan dibandingkan dengan keahlian UMNO seramai 3 juta ahli, maka keberkesanan UMNO adalah pada tahap 33.33%. Jauh lebih baik daripada Himpunan Kebangkitan Rakyat KL112 ini.

3. Ini bermakna perhimpunan Sambutan 66 Tahun UMNO adalah perhimpunan rakyat yang sebenar.

4. Tidak layak Mat Sabu untuk menggelarkan himpunan pada hari ini sebagai Himpunan Kebangkitan Rakyat kerana 50,000 kehadiran mana mungkin boleh mewakilkan rakyat seluruh negara.

5. Ini adalah satu lagi strategi pembangkang untuk melabelkan perjuangan mereka sebagai perjuangan rakyat. Mereka juga ingin mempamerkan kekuatan mereka dari segi jumlah yang ramai namun pada hari ini Kuala Lumpur seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

6. Rakyat yang tidak ikut serta perhimpunan pakatan ini sepatutnya sedar akan fakta sebenar yang cuba disampaikan ini. Seharusnya penggunakan perkataan 'Rakyat' dalam apa jua tindakan pembangkang ini adalah untuk memberikan imej yang bertentangan dengan kerajaan pada hari ini.

7. Rakyat dipisah-pisahkan daripada kerajaan malah penyokong UMNO dan Barisan Nasional sendiripun pakatan pembangkang ini tidak mengiktiraf mereka sebagai rakyat. Yang mana menyokong pembangkang dan menentang kerajaan barulah dipanggil rakyat.

8. Inilah persepsi yang ditanam oleh DS Anwar Ibrahim yang cukup pandai memainkan propaganda beliau bermula dengan menamakan parti peribadi beliau sendiri sebagai Parti Keadilan Rakyat.

9. Inilah yang rakyat harus sedar dan janganlah tertipu dengan agenda peribadi beliau yang tamakkan kuasa dan wang ringgit.

10. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine

Friday, 4 January 2013

PANAS : BILA AHLI UMNO/BN MENGAMUK PERUNTUKAN TAK TURUN KE JENTERA DAN AKAR UMBI C.C. @NAJIBRAZAK @NOHOMAR @ZINMOHAMED




PANAS!!!!!


Kali ini aku tak nak cerita pasal puak FUCKatan... Aku nak cerita pasal RM dan PERUNTUKAN.

Al-kisahnya... aku difahamkan bahawa Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor telah memperuntukkan sejumlah amaun kat Ketua-Ketua Bahagian untuk adakan sambutan tahun baru!!! 

Perghh... Besar gak bajet tu... Tapi yang menghairankan aku sekarang ni... takde pulak aku nampak ada program... hehehe... Mana perginya duit tuu???

Beli perabut ke bang... alahai, belum tentu jadi calon ko dah buat hal... camne rakyat tak marahkan UMNO/BN. 


Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga!

Tak cukup ke pendapatan yang ko dapat tiap bulan? Aku nak ingatkan ko yer... walaupun aku orang UMNO/BN aku sebagai ahli parti yang sayangkan agama, bangsa dan negara aku berhak tegur mana yang tak betul. Yang salah tetap salah!!

Beriya-iya pemimpin atasan dan bawahan perjuangkan slogan BN MAMPU BERUBAH tapi yang kat tengah tak berubah!!! 


Please take note ye para pemimpin yang kat peringkat pertengahan tu... Atau sekadar kita mimpi untuk dapatkan balik Selangor.


"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat"

(Surah An-nisa' : 58)


NASIHAT AKULAH KANNN....PEMIMPIN TERSEBUT TOKSAH DIANGKAT JADI CALON NANTI..BUAT ROSAK PARTI JE...DAN KALAU PEMIMPIN DAH SEDO DIRI,TAUBATLAH SEGERA...

Laporan: pemudatelokdatok

Tuesday, 18 December 2012

#UNDIBN : PELUANG KEDUA UNTUK MUFLIS USAHA MURNI PEMUDA




Tampil beri kerjasama dan pandangan untuk cari penyelesaian. Itu peluang menanti mereka yang disenaraihitamkan serta diisytihar muflis terutama golongan muda bagi mendapatkan kembali hak serta bebas dari belenggu bankrap.

Menerusi pengumpulan maklumat di laman sosial facebook dan twitter, Pemuda UMNO bersama gabungan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) akan membawa semua pendapat berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz untuk pertimbangan selanjutnya.

Menjelaskan perkara itu, Exco Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pihaknya terpanggil untuk menggerakkan inisiatif itu berikutan rekod sedia ada menunjukkan lebih 240,000 orang muflis termasuk kakitangan kerajaan dan usahawan tidak mendapat pembelaan.

Katanya, hasil pertemuan bersama Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) di Putrajaya baru-baru ini, terdapat ruang untuk mereka kembali menjalani kehidupan seperti biasa dengan komitmen kerajaan untuk mengkaji semula Akta Kebankrapan 1967 seperti diumumkan Perdana Menteri dalam Perhimpunan Agung Umno 2012 lalu.

“Kita mahu mereka ini tampil untuk memberikan pandangan serta bekerjasama dengan kita. Hasil daripada maklumat itu, kita akan bawa kepada pengetahuan pihak berkuasa dan saya yakin, akta baru nanti memberikan lebih ruang kepada orang yang bankrap untuk mendapat peluang kedua.

“Difahamkan, hanya dua puluh peratus saja yang berjaya dikenalpasti sementara bakinya tidak diketahui. Kita bimbang jika tidak dicegah, ia akan mengancam masa depan serta produktiviti negara,” katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Kempen Muflis @ Bankrap di sini, petang tadi.

Hadir sama, Presiden Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM), Datuk Mokhtar Samad dan Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Karim Said Khadaied.

Sohaimi yang juga Pengerusi Biro Ekonomi dan Pembangunan Usahawan (BePU), Pemuda Umno, berkata, orang ramai boleh melayari blog www.muflis-peluangkedua.blogspot.com atau facebook dan twitter Muflis Peluang Kedua bagi tujuan itu.

Menurutnya, satu forum berkaitan isu berkenaan akan diadakan penghujung Januari depan dengan menghimpunkan mereka yang muflis untuk berbincang mengenai masalah terbabit dengan penyertaan beberapa Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Bank Negara Malaysia serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) bagi menjawab segala perkara berbangkit.

“Kita juga melantik artis Fizo Omar sebagai duta kerana dia juga diisytihar muflis, jadi saya berharap orang ramai mengambil peluang ini dengan sebaik mungkin,” katanya.

Laporan: sohaimishahadan.

Monday, 3 December 2012

SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] @KHAIRYKJ NASIHATKAN PEMIMPIN BUAT "ENGAGEMENT" KEPADA MASYARAKAT. MEDIA SOSIAL ADALAH ANTARA KAEDAH TERBAIK @TUNFAISAL @RAZLANRAFII @UNITMEDIABARU


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin mengingatkan peri pentingnya penguasaan media sosial oleh pemimpin.

"Kalau sekiranya ada mana-mana pemimpin UMNO yang nak ke depan sebagai calon, dia boleh mendapatkan tauladan daripada unit UMB"

"Kalau tak reti buat facebook, kalau tak reti buat twitter... boleh belajar daripada kaedah UMB (kerana) engagement (kepada masyarakat) itu penting"

Beliau turut mengingatkan bahawa media sosial merupakan kaedah terkini dan berkesan dalam berhadapan masyarakat yang semakin moden.

"Apa yang saya rasa perlu kita tekankan, antara KPI dan kunci kejayaan UMB, adalah konsistensi. Kalau kita buat, kalau kita buka laman sosial... sama ada facebook atau pun twitter (dan) kita setakat hanya buka, atau buat sahaja... tanpa kita konsisten, saya rasa tidak akan menghasilkan apa-apa kebaikan ya.."

"So, UMB kita buat dan everyday kita ada story, kita feed cerita yang baru. Tapi kalau ada pemimpin-pemimpin yang buat hanya sebagai pra-syarat, dia buka satu profile fb (facebook), dia buka akaun twitter, tetapi konten... pengisiannya... dia... betul-betul tidak ada apa, tidak ada yang istimewa, saya rasa itu hanya... seolah-olah melepaskan batuk di tangga" 

ujar Khairy sebelum menamatkan temubual santainya bersama Unit Media Baru (UMB) di bawah pergerakannya dan dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz, exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


  

Sunday, 2 December 2012

PERBAHASAN #PAU2012 : [VIDEO PENUH] 'ZURIAT UMNO' INTIPATI WAKIL NEGERI PERAK, KHAIRUL AZWAN @AZWANBRO @TUNFAISAL


Wakil UMNO Perhubungan Negeri Perak merangkap Ketua Pemuda UMNO Perak, Khairul Azwan bin Dato' Harun menyampaikan perbahasannya dengan menekankan peri-pentingnya  UMNO melahirkan 'zuriat' yang benar-benar setia kepada parti.

Permasalahan UMNO lebih terarah kepada ahli yang senang meninggalkan perjuangan kerana kepentingan diri sendiri mengatasi kepentingan parti dan ini boleh dielakkan jika 'zuriat' yang lahir adalah 'zuriat' UMNO tulen.






PENGGULUNGAN #PAU2012 : [VIDEO] PERANAN MALAYSIA DI BAWAH @NAJIBRAZAK MEMBANTU NEGARA ISLAM DIIKTIRAF DUNIA KATA @ZAHID_HAMIDI



Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bukan sahaja ahli UMNO tetapi rakyat Malaysia betapa Malaysia di bawah tampuk kepimpinan YAB Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah diiktiraf oleh dunia dalam memainkan peranan membantu negara-negara Islam lain termasuk Palestine dan Filipina (MILF).

Tidak ada parti lain di Malaysia yang memainkan peranan sebagaimana dimainkan oleh kerajaan di bawah UMNO dan Barisan Nasional.




Saturday, 1 December 2012

LAPORAN KHAS #PAU2012 : KAEDAH LAMAN PORTAL PEMBANGKANG DALAM ADU DOMBA DIKENAL-PASTI @NAJIBRAZAK @TUNFAISAL @MKINI_BM @HDAILY09 @TM_INSIDER



1. Ramalan tempoh hari adalah tepat. (baca di sini) Media Pro-Pembangkang walaupun tidak diberikan akses untuk masuk ke dalam dewan persidangan mampu untuk 'infiltrate' ke dalam dewan dan memberikan laporan-laporan yang diulas mengikut persepsi negatif yang menguntungkan pihak pembangkang dan mencemarkan UMNO.

2. Trend terkini di portal pro-pembangkang adalah berorientasikan kepada 'keyword' tertentu tanpa melihat kepada isi kandungan ucapan secara keseluruhan.

3. Sebagai contoh, 13 Mei, Adnan berani potong telinga, doa yang dibacakan oleh PAS, Saham FELDA dan sebagainya.

4. Isu ini terlalu kecil untuk mendapat perhatian umum, maka media pro-pembangkang ini pula 'mencipta' berita-berita 'panas' untuk dicampakkan kepada umum untuk dipertelagahkan.

5. Musa Hassan, Deepak diletakkan di muka hadapan portal mereka dengan mencipta skandal dan 'pendedahan' baru bertujuan mencuri tumpuan umum.

6. Bahan bacaan 'alternatif' ini adalah terlalu terdesak untuk mencipta isu sehinggakan terpaksa mengorek kembali isu-isu lama untuk di'recycle' semula.

7. Rancangan pembangkang seterusnya adalah untuk memasukkan keluarga DS Najib sebagai elemen moral untuk menghentam beliau.

8. Altantuya dan Scorpene adalah 2 modal sahaja untuk pihak media pro-pembangkang dan juga pemimpin pembangkang yang dijaja ke merata-rata tempat. Akhirnya, kisah-kisah dongeng ini basi untuk dimamah oleh rakyat.

9. 'Penemuan' baru kononnya dicipta untuk menghidupkan semula kisah-kisah dongeng ini.

Najib VS Anwar


10. Antara fokus serangan lain yang dilakukan adalah untuk membandingkan DS Najib dan DS Anwar Ibrahim.

11. Kebanyakan penggerak media pro-pembangkang ini adalah daripada generasi tahun 2004 ke atas. Dan sasaran mereka juga adalah kepada generasi baru pengundi ini yang terdiri daripada golongan umur yang sama.

12. Mereka sudah lupa akan perbuatan DS Anwar Ibrahim sewaktu negara dilanda krisis ekonomi. Mereka juga lupa akan perbuatan DS Anwar ini jika tidak dibendung akan mengakibatkan negara kita berhutang teruk dan akhirnya akan dimasuki oleh US secara keseluruhan.

13. Segala kekayaan negara yang berjaya dibangunkan oleh pemimpin terdahulu seperti Petronas, Proton, Sime Darby dan sebagainya akan terkorban hak miliknya kepada syarikat-syarikat luar negara.

14. Kesungguhan DS Anwar untuk mendapatkan bantuan IMF dan Bank Dunia akan menjadikan negara kita ini seperti Indonesia yang sehingga hari ini masih belum pulih ekonominya.

Najib Pohon Maaf


15. Apa lagi yang mereka mahu? DS Najib telahpun meminta maaf dan sifat meminta maaf ini pula dikatakan lemah oleh media pro-pembangkang ini.

16. DS Najib, seorang Perdana Menteri Malaysia yang pada egonya, martabatnya, keturunan keluarganya tidak perlu untuk memohon maaf daripada sesiapa pun telah dengan rendah dirinya, ikhlas meminta maaf.

17. Tidakkah mereka terharu melihat seorang perbuatan orang kenamaan ini? Seluruh rakyat Malaysia terharu melihat perbuatan seorang pemimpin negara ini. Tidakkah kamu juga?

18. Dengan kebencian yang tersumat di hati mereka ini, kemaafan DS Najib juga dipolitikkan, dimainkan dan diperlihatkan yang beliau ini seorang yang lemah. Adakah mereka ini terlalu kuat dengan egonya enggan menerima maaf tersebut?

19.Tidak pernah seumur hidup sesiapapun melihat Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang atau sesiapapun dari pihak pembangkang sanggup meminta maaf atas kesalahan mereka.

20. Adakah mereka ini maksum, terlepas dengan dosa-dosa lampau? Adakah mereka ini terlalu istimewa martabat mereka untuk menghulurkan maaf kepada sesiapapun?

21. Malah diperlihatkan kepada orang ramai bahawa mereka ini lebih atas, lebih mulia daripada kesemua pemimpin yang telah berjasa kepada negara, memberi khidmat kepada rakyat sehingga hari ini tanpa mengira kaum, agama, fahaman politik sekalipun.

22. Adakah selama mereka ini hidup, tidak pernah langsung menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan? Malah, berapa ramai daripada pihak pembangkang ini darahnya, ilmunya, telah memakan hasil daripada kerajaan. Ramai daripada mereka ini turut menerima biasiswa daripada kerajaan dan anak mereka sendiri pada hari ini pun ditaja oleh kerajaan melalui pelbagai khidmat sepert JPA, MARA dan sebagainya.

23. Dan kerajaan tidak pernah tidak pun meletakkan syarat jika anda dan keturunan anda menyokong parti pembangkang, anda tidak layak!

24.  Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!


Laporan: truthvaccine

PENGGULUNGAN #PAU2012 : [VIDEO] IKRAR @KHAIRYKJ BAHAWA ORANG MUDA TERUTAMA MAHASISWA KEMBALI BERSAMA BN @TUNFAISAL @RAZLANRAFII


Sekali lagi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin menzahirkan keyakinan beliau terhadap golongan muda terutamanya mahasiswa untuk kembali menyokong kerajaan di bawah BN.


PENGGULUNGAN #PAU2012 : [VIDEO] PUTERI BANGKIT AZAM DATUK ROSNAH @ROSNAH_ARS @TUNFAISAL @RAZLANRAFII


Ucapan padu dan berapi oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebentar tadi menyampaikan keazaman beliau serta ahli-ahli pergerakannya untuk bangkit bersama Pemuda dan Wanita menuju pilihanraya ke 13 dan memastikan kemenangan BN.



SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] RUMAH MAMPU MILIK UNTUK ORANG MUDA MANA? - BUDIMAN ZOHDI


Kerisauan terpancar dari raut wajah Budiman, wakil anakmuda Selangor tentang rumah mampu milik, berikutan keghairahan pemaju dan kerajaan negeri Selangor membuat pemajuan berdasarkan keuntungan dan bukan kemampuan terutama golongan muda untuk membelinya.



PANAS #PAU2012 : MANIPULASI THE MALAYSIAN INSIDER @TM_INSIDER TENTANG UMNO-LGBT-PLURALISME-LIBERALISME @NAJIBRAZAK @TUNFAISAL


Benar, semua perwakilan UMNO MENOLAK LGBT, pluralisme dan liberalisme. Perkara ini telah dibawa oleh The Malaysian Insider (klik).

Perkara mengenai LGBT, pluralisme dan liberalisme bukanlah satu perkara  baru kepada UMNO. 

Sebagai parti yang berteraskan Melayu-Islam, UMNO tidak akan membelakangkan prinsip ke-Islaman semata-mata mendapatkan sokongan kumpulan minoriti atau kumpulan terpencil ini.

Jelas sekali UMNO sangat berpegang teguh kepada agama Islam yang menjadi teras perjuangan mereka. Walaupun ini boleh mengurangkan undi namun UMNO jelas tidak akan bertolak ansur atau berganjak dengan pendirian mereka.

Sebaliknya, dalam perikatan Pakatan Rakyat, PKR yang diketuai oleh Wan Azizah dan dibayangi oleh Anwar Ibrahim menggunakan kesempatan penolakan UMNO terhadap kumpulan minoriti ini bagi satu tujuan sahaja iaitu UNDI, (klik sini) dan (sini).

Bahkan, dalam kes kontroversi di gereja Full Gospel Tabernacle, Subang sekali lagi dapat dilihat percubaan Nurul Izzah untuk menjuarai kumpulan tertentu demi UNDI.

Apa yang menjadi kemusykilan adalah perkara ini DIBIARKAN OLEH PAS. PAS yang telah pun selesai persidangan muktamar agungnya tidak mengusik langsung akan perkara ini termasuk kes kontroversi Nurul Izzah-Full Gospel Tabernacle. 

Adakah PAS membiarkan perkara ini juga kerana UNDI? 

Adalah wajar PAS membuat ketetapan dan membuat kenyataan umum tentang perkara LGBT, PLURALISME DAN LIBERALISME agar umat Islam tidak keliru sebelum mereka keluar membuang undi.

SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] ARIFF, WAKIL KELAB UMNO LUAR NEGARA (TOKYO) YAKIN ANAKMUDA BERSAMA BN


Wakil Kelab UMNO Luar Negara (Tokyo), Ariff Yasir yang membuatkan perwakilan UMNO sebak sewaktu menyanyikan lagu "Warisan... Anak Kecil Main Api" yakin orang muda memandang tinggi peranan kerajaan BN dalam membawa arah tuju Malaysia. 

Keyakinan ini bersandarkan kemenangan Asprirasi Mahasiswa yang pro kerajaan memenangi majoriti besar pilihanraya kampus baru-baru ini.



PERBAHASAN #PAU2012 : FATHUL BARI SARANKAN UMNO MAAFKAN PAS @TUNFAISAL @RAZLANRAFII





KUALA LUMPUR - Fathul Bari Mat Jahya, perwakilan Perlis, mengajak semua ahli UMNO memaafkan tindakan Pas mendoakan kehancuran parti itu.

Menurutnya, UMNO merupakan parti yang mengamalkan politik kasih sayang bukan politik kebencian maha dahsyat seperti amalan pakatan haram.

Oleh itu, sebagai umat Islam, semua ahli UMNO wajib memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh Pas walaupun parti itu tidak mahu mengakui kesilapan mereka yang sudah jelas.


Fathul Bari turut memuji tindakan Presiden Parti ketika ucapan dasar yang bertindak memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan sepanjang UMNO/BN diberi mandat mentadbir Malaysia.

"Tidak akan ada seorang pun yang akan bebas daripada melakukan kesilapan.

"Menyentuh tentang isu doa, saya mahu menyeru kepada semua hadirin dan semua ahli UMNO, mari kita maafkan mereka (PAS)," tegasnya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.

Tambah beliau, Pas yang mendakwa sebagai parti Islam sepatutnya menjulang akhlak dan akidah yang baik bukannya berterusan mencaci dan menaburkan fitnah kepada parti pemerintah.

Kata Ulama muda UMNO ini, Islam mengajar umatnya untuk menyebarkan perkara yang benar dan dilarang sekali untuk mengkafirkan sahabat Islam yang lain.

"Jangan ada kafir mengkafir wahai Umno dan itulah yang kita lakukan.

"Selama ini mereka Pakatan tanpa henti menyerang kami dengan perkataan-perkataan yang sakit dan yang pedih.

"Mereka hanya menceritakan keburukan kita dan mahu memberikan persepsi kebencian kepada masyarakat terhadap kita," jelasnya.

Laporan:  shahalamrebels

Friday, 30 November 2012

SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] MENGENAI PERSIAPAN PRU13 OLEH HAJI RAHIM (SELANGOR)


Apa kata Tuan Haji Rahim Kamarudin (Gombak/Selangor) mengenai persiapan menghadapi PRU 13?



SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] MENGENAI PERSIAPAN PRU13 OLEH SHAIKH HUSSEIN (PENANG)



Apa kata Shaikh Hussein (Pulau Pinang) mengenai persiapan menghadapi PRU 13?