Thursday, 6 December 2012

EKSKLUSIF: AWAS! KEJADIAN GOMBAK BERDARAH ADALAH PETANDA AWAL 'ARAB SPRING' DI KL MENJELANG 12.1.2012

"Pasukan TMS baru pulang dari "misi luar negara" bersama delegasi State of Palestine (Hamas), Republic of Kenya (Wiper Democratic Movement), Republic of Niger (Nigerian Party For Democracy & Socialis - Tarayya [PNDS]) dan Republic of the Philippines (MORO Islamic Liberation Front [MILF])"


Tapi sebenarnya bukanlah jasad kami yang keluar negara, cuma minda kami  terbang di angkasa bagi bertukar-tukar maklumat dan pengalaman terutama  kaedah dalam menangani peperangan maya atau 'cyber warfare' yang kuat melanda Asia Barat-Tenggara-Timur termasuklah Filipina.


Hari ini, selain sejarah kumpulan tentera (army regime), revolusi pekerja (labour movement), kumpulan pendesak mahasiswa (student movement), tercipta satu lagi sejarah dunia di mana sesebuah kerajaan terbukti mampu ditumbangkan kerana revolusi yang dicetuskan oleh penggiat media sosial.

Badai 'ARAB SPRING' adalah satu fenomena buruk yang wajar ditangani secara halus dan bijak oleh rakyat Asia hinggalah ke benua Afrika.

Kecanggihan peralatan (gadgets) serta sistem komputer mampu menjadi pengganti peluru berpandu atau mortar, M16 mahupun bazooka.

Tunisia, Libya dan Mesir menjadi bukti nyata dan tercatat kemas dalam lipatan sejarah walaupun berdarah.

Sebab itu perkongsian maklumat sangat penting selain jaringan yang dibina amat berharga dan kesempatan ini TMS serta rakan-rakan manfaatkan sebaik mungkin.



bendera UMNO dan Malaysia di hadapan sekali. nampak tak betapa 
pentingnya peranan UMNO dan kerajaan Malaysia?
Tahniah pada Palestine yang telah diiktiraf kini oleh PBB


AL-KISAHNYA

Ok, itu bukan kisah utama yang mahu TMS sampaikan.

(klik sini)
Kisah utama adalah kisah pergaduhan antara penyokong UMNO dan pakatan pembangkang sewaktu Anwar Ibrahim hadir di Batu 8 Gombak, malam kelmarin.

Awal pagi semalam, TMS sempat bertanya pada si pembawa berita tentang pergaduhan maha hebat hingga memaksa polis dan FRU turun meleraikannya.

Namun, TMS telah menasihatkan si pembawa berita agar membuat rujukan kepada pihak polis terutama IPD Gombak serta mendapatkan kesahihan laporan perubatan sebelum membuat sebarang andaian peribadi. Tetap berbagai versi cerita keluar mengenai insiden pergaduhan di Gombak ini baik dari belah sini mahupun belah sana.

Dan elemen sensasi pasti wujud dalam setiap cerita yang ditulis oleh para penulis maya kedua belah pihak.

Apa pun, antara yang sempat TMS dapatkan maklumat adalah dari rakan bloggers Gombak Gempur dan Jawabernam.


laporan Gombak Gempur menyertakan bukti kabilah peniaga 
di tapak ceramah Anwar termasuk peniaga senjata tradisional 
seperti pisau, parang, keris dan kerambit

laporan Jawabernam mengakui beliau berada di tempat 
kejadian sewaktu pengganas pakatan tikam menikam 
antara satu sama lain

Pada awal laporan blogger Gombak Gempur, disertakan satu rakaman pergaduhan yang menyaksikan beberapa objek termasuk kerusi melayang-layang di udara sebelum jatuh menimpa entah siapa. Juga kelihatan berbagai objek lain yang turut terbang melayang.  

Lihat ni...



Walaupun jelas objek melayang-layang datangnya dari kawasan kabilah peniaga (kawasan terang bercahaya) dan beberapa bukti yang dipertontonkan oleh hadirin lain, beberapa bloggers pro-pakatan seperti  Amenoworld serta jentera maya pakatan tetap cuba memperlekehkan insiden tersebut serta meletakkan SELURUH BEBAN KESALAHAN kepada orang UMNO terutama Pemuda UMNO Gombak yang diketuai oleh Dato' Megat Zulkarnain.


irritating tak korang baca penulisan macam ni (klik sini)
Mungkin bagi juak-juak pakatan serta bala tentera maya mereka, benda macam ni adalah benda yang tidak serius dan kesalahan pergaduhan sesama rakyat Malaysia adalah suatu perkara lucu.

Budaya Samseng

Tapi pernah atau tidak kita terfikir, bahawa BUDAYA SAMSENG ala ala terbang kerusi meja dan objek adalah sebenarnya budaya yang diamalkan oleh juak pakatan terutama PKR? 

Buktinya, lihat sahaja kip video di bawah ini...



Bukankah klip video di atas adalah bukti nyata parti Anwar Ibrahim yang hadir dalam kejadian malam berdarah di Gombak sama dari sudut pe'el dan perbuatan seperti klip video malam kejadian di Gombak itu sendiri?

Tuding Jari

Apa pun, jentera maya pakatan sehingga kini cuba menuding jari kepada UMNO serta melabelkan UMNO sebagai samseng 'taik minyak' sedangkan gelaran tersebut lebih sesuai diberi kepada mereka.

Bagi TMS, perkara ini sudah pun dilaporkan ke pihak berkuasa oleh mangsa. 



nampak tak waktunya tu? jam 2:17 pagi
dah buat laporan

Mangsa, Mohd Faizaruddin dari kelompok Pemuda UMNO telah membuat laporan polis seawal jam 2:17 pagi selepas berlakunya insiden sedangkan juak pakatan dikhabarkan hanya membuat laporan polis keesokan harinya dan itu pun lewat petang seolah-olah dibuat hanya untuk menutup kesalahan sendiri serta cukup syarat membalas laporan polis Faizaruddin. 

Suka untuk TMS membiarkan perkara ini disiasat sepenuhnya oleh pihak polis dan menunggu hasil siasatan.

Morale of the Story

Ini baru melibatkan beberapa ratus orang dari kedua belah pihak.

Bayangkan ura-ura yang kita dengar adanya gerakan untuk melambakkan SATU JUTA RAKYAT MALAYSIA kononnya atas nama kebangkitan rakyat di Kuala Lumpur  pada awal Januari tahun depan?

Siapa punya kerja ni? Apa objektifnya? Siapa nak bertanggungjawab kalau jadi perhimpunan berdarah?

TMS tahu maklumat lengkap tapi simpan dulu untuk melihat sejauh mana gerakan WARNA-WARNI juak pakatan ni nanti.

0 comments:

Post a Comment