Wednesday 5 December 2012

PANAS: BELUM MULA PERHIMPUNAN AGUNG MIC TAPI DAH KENA BOM!




SHAH ALAM - “Ketika sedang tidur lena, tiba-tiba saya dikejutkan dengan bunyi bising di luar rumah. Saya bangun dan keluar meninjau keadaan sebelum mendapati bumbung dan dinding bahagian tepi rumah terbakar. Saya memadamkan kebakaran itu sebelum menghubungi polis,” kata akauntan, S Suhan, 26.


Mangsa yang juga Ketua Pemuda MIC Seksyen 19, Shah Alam berkata, ketika kejadian jam 5.20 pagi itu, tiga ahli keluarganya iaitu ayah, emak dan abang selain seorang pembantu rumah berada di rumah di Jalan 20/12, Seksyen 20, di sini.

Katanya, sejurus selepas kejadian, dia memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati tiga lelaki menaiki Perodua Kelisa berhenti di depan rumah.

“Lelaki terbabit keluar dari kereta sebelum melempar dua botol molotov koktel dalam botol arak. “Berdasarkan rakaman CCTV itu, seorang daripada lelaki yang memakai kain penutup kepala berwarna hijau dan putih mengeluarkan parang daripada kenderaan sebelum menetak pagar rumah saya,” katanya.

Suhan berkata, beliau keluar dan memeriksa pagar rumah sebelum mendapati ada kesan tetakan.

“Saya terkejut dengan kejadian ini dan tidak tahu apa motif mereka melakukan perbuatan itu. “Ini satu perbuatan terkutuk kerana mungkin ada sesetengah pihak yang tidak senang hati melihat saya melakukan kerja sosial terhadap penduduk di kawasan ini,” katanya.

Bagaimanapun, Suhan berkata, beliau bersyukur kerana semua ahli keluarganya terselamat selain tiada kecederaan dan kemalangan jiwa berlaku.

Kira-kira 10 minit kemudian, sebuah kereta Suzuki yang diletakkan di Jalan 19/4, Seksyen 19, di sini, rosak teruk selepas cermin hadapan dan belakangnya dipecahkan individu yang tidak dikenali jam 5.30 pagi, hari sama.

Selain itu, suspek mengetuk bahagian hadapan dan belakang kereta berkenaan sehingga kemek sebelum melarikan diri.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dua kejadian itu dan berkata, siasatan lanjut akan dilakukan. - sumber


Laporan: shahalamrebels

0 comments:

Post a Comment