Sunday, 16 December 2012

LAPORAN KHAS #DAPKONGRES : WA'IMA MALAYSIAKINI AKUI PEMILIHAN C.E.C. DAP DICEMARI WANG


Pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat ( CEC ) bagi parti DAP telah selesai.  Banyak cerita yang ingin  dikongsi disebalik pemilihan kali ini.  Buat pertama kalinya dalam sejarah DAP pemilihan mereka kali ini menggunakan dakwat kekal kononnya bagi mengelakkan penipuan daripada berlaku.  Sebelum ini agaknya memang berlaku penipuan dalam pemilihan DAP.... malah mengikut dari statement ADUN DAP SEKINCHAN...pemilihan kali ini juga ada bibit-bibit politik wang diamalkan oleh pemimpin-pemimpin DAP.  Cuba korang baca sendiri dalam ..http://www.malaysiakini.com/news/216746.  Sebelum ini bukan main lagi melaung-laungkan amalan politik bersih tetapi hakikatnya....mereka sendiri yang mengamalkan politik wang.

Melayu dalam DAP seperti bermimpi mengharapkan bulan jatuh ke riba, hakikatnya pemilihan kali ini seperti dijangka tida seorang pun pemimpin atau wakil Melayu tersenarai dalam anggota CEC iaitu keanggotaan tertinggi dalam DAP.  Bagi kaum India juga tiada seorang pun yang terpilih hanya wakil singh sahaja iaitu melalui  karpal dan anaknya gobind terpilih. Ini membuktikan betapa kuatnya ultra kiasu parti serpihan PAP Singapore ini. 6 orang calon melayu yang terpinggir adalah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada PRU ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.Kesemuanya kalah teruk dan amat memalukan…

Keputusan pemilihan CEC mencerminkan realiti sebenar dimana sebenarnya kedudukan melayu didalam DAP.  Pengumuman keputusan di skrin besar melihatkan hampir kesemua calon melayu mendapat undi tercorot .Undi paling tinggi pun hanya melalui Zairil Khir Johari, anak cina bernama melayu namun kalah teruk dengan undi 320.  Harun Ahmad pula mendapat undian paling rendah dengan undian 30 undi....ini sangat memalukan. 

Berikut adalah senarai jumlah undi pemilihan CEC yang baru sahaja berlangsung :-

Lim Kit Siang – 1607
Lim Guan Eng – 1576
Karpal – 1411
Chong Cheing Jen – 1211
Anthony Loke – 1202
Wu Him Ven – 1202
Tan Kok Wai – 1199
Gobind Singh – 1197
Tony Pua – 1162
Teng Chang Khim – 1152
Fong Kui Lun – 1137
Nya Kor Ming – 1075
Chong Eng – 1006
Chow Kon Yeow – 986
Liew Chin Tong – 984
M.Kula – 984
Boo Cheng Hau – 958
Teresa Kok – 925
Teo Nie Ching – 903
Ngeh Koo Ham – 824

Di mana wakil Melayu?? terbelakah jika DAP memerintah kalau tiada langsung wakil Melayu di Tanah melayu ini.  Parti yg kononnya multi racial ini sebenarnya amat rasis dan buktinya telah jelas kelihatan. Wakil Melayu mungkin akan dilantik tetapi tiada gunanya kalau dilantik secara belas kasihan dari orang lain.  Melayu akan  terus dipandang hina dalam DAP.


Laporan: wongiler

1 comments: