Sunday, 16 December 2012

LAPORAN KHAS: DI MANA-MANA ADA "FINGER-PRINT" ANWAR IBRAHIM


Di sebalik slogan 'UBAH' yang dipopularkan oleh DAP dan disambut baik oleh rakan-rakan pakatan yang lain (PKR dan PAS), DAP itu sendiri mengalami pergolakan dalaman yang kuat mahukan perubahan, terutama dari akar umbinya.

Penguasaan sesetengah pihak di dalam DAP menjadi 'barah' yang ditanggung oleh akar umbinya yang sudah beberapa kali 'bersalin kulit' namun tetap 'dikepalai' oleh 'kepala ular' yang sama.

Sebagaimana UMNO, transformasi DAP tidaklah selincir mana apabila ia tetap dipegang oleh orang yang sama semenjak penubuhannya.

Dalam konteks ini, Lim Kit Siang sudah boleh dianggap sebagai 'a living legend' dalam 'hall of fame' DAP. Itu tidak dapat dinafikan.

Tidak mahu DAP jatuh ke tangan pihak lain bagi menjayakan apa juga visi dan misinya seperti teori 'the belt of communist' yang dijaja oleh pihak lawan (UMNO terutamanya), Kit Siang mahu legasinya disambung oleh generasi Lim yang lain agar misi dan visinya tercapai sebagaimana Mahathir Mohamad mahukan misi dan visi 2020 nya dibawa oleh pengganti beliau.

Tidak hairan Lim Guan Eng serta isteri, dan terbaru dikhabarkan anak perempuan Kit Siang sendiri iaitu Lim Hui Ying telah dicaturkan olehnya untuk memastikan legasi beliau tetap utuh walaupun akar umbi DAP sudah mula berasa bosan.

Kemaraan pemimpin muda seperti Teresa Kok, Ronnie Liu, Tony Pua, Nga dan Ngeh sedikit sebanyak memberi tekanan kepada Lim sekeluarga.

Justeru itu, tidak hairan jika mesyuarat agung DAP peringkat negeri Selangor dikhabarkan telah disabotaj oleh pihak-pihak tertentu hingga mencalarkan kredibiliti Teresa selaku pengerusi negeri dan ia dikaitkan dengan peranan Lim sekeluarga.

Namun, perkembangan mutakhir yang mengheret nama pengerusi DAP, Karpal Singh yang disebut-sebut bakal tersingkir walau siapa pun yang dipilih menganggotai 20 kerusi C.E.C. adalah suatu yang menggemparkan namun tidak mengejutkan.

Karpal Singh, sesuai dengan nama jolokannya 'Singa Utara' merupakan seorang ahli politik yang teguh prinsip perjuangannya dan lantang bersuara jika prinsipnya dilanggar oleh mana-mana pihak tidak kira lawan mahu pun kawan pakatannya.



Sudah beberapa kali Karpal melenting bukan disebabkan oleh lawannya iaitu Barisan Nasional (BN), tetapi perkara yang diusik oleh rakan pakatannya sendiri termasuklah PAS.

'Keras kepala' adalah perumpamaan yang boleh disamakan dengan Karpal kerana perbuatannya itu mengancam kerjasama pakatan DAP-PKR-PAS dalam usaha mereka menuju Putrajaya.

Karpal tidak segan silu untuk bertekak dengan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P. Ramasamy.

Bahkan, Karpal turut pernah membidas Anwar Ibrahim kerana perkara berkaitan 'lompat parti' yang digerakkan oleh Anwar serta 16 September yang membusukkan nama pakatan berakibatkan penipuan Anwar itu sendiri.

Tidak hairan jika dalang atau bayang di sebalik 'percaturan' pemilihan 20 ahli komitee serta cadangan menyingkirkan Karpal datangnya dari Anwar itu sendiri yang tidak mahu percaturan menuju Putrajaya terjejas mahu pun 'dinasti Lim' berkuasa lebih dari dirinya sendiri.

Bukankah Anwar telah berjaya 'menanam' benih-benih parasit bergelar 'anwarinas' di dalam PAS? Tidak mustahil beliau turut meletakkan 'trojan horse' nya juga di dalam DAP.

Apa pun, sukacita untuk saya melihat sejauh mana DAP bakal di 'UBAH' sempena kongres mereka bagi kali ke 16 ini.

Laporan: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment