TOMMY SRBENARNYA BANTU BN MENANG
-
BN PERLUKAN TOMMY UNTUK MENANG
BN sangat-sangat memerlukan kebodohan yang di miliki oleh AG Pakatan
Harapan ini.
Selama mana dia berada di kerusi AG, se...
TERKINI! PENYOKONG BOLA SEPAK SELANGOR BERI AMARAN
-
Penyokong Red Giants menuntut kerajaan negeri Selangor mengetepikan kemelut
politik dan membenarkan pasukan juara Piala Malaysia 33 kali itu menjadikan ...
95 Peratus Miskin Adalah Bumiputera
-
Gambar Hiasan KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini
disumbangkan oleh kaum Bumiputera. Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie
Ahmad berka...
MELAYU BERSATU
-
Tanggal *16 Sept 2015* mencatit sejarah bukan sahaja sempena sambutan HARI
MALAYSIA, tetapi menandakan kebangkitan Bangsa Melayu. Tahniah kepada
seluruh ...
Jari Menjadi Bukti #PRKPermatangPauh
-
Tahniah Gades ucapkan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah
kerana berjaya mengekalkan penguasaan PKR di Permatang Pauh.
Nampaknya bukan rezeki Abang Mie untu...
Dah Kalah Kalah lah
-
HEhehehehe, Lolong bercuti lama dari menulis. Sebab tekanan perasaan
melihat senario politik negara yang semakin menggila kerana kegilaan
seseorang yang ma...
Agaknya Lim Kit Siang lupa, ini adalah PERSIDANGAN AGUNG UMNO. Ini BUKAN PERSIDANGAN AGUNG DAP. Kalau dalam mesyuarat agung DAP, bolehlah dia menggunakan kuasa vetonya untuk membuat sebarang perancangan "apa" dan "siapa" untuk bercakap dan menjawab. Tetapi ini adalah UMNO. Melainkan Lim Kit Siang berniat untuk lompat parti ke UMNO, baiklah dia diam dan bawa isu ini di luar masa PAU berlangsung, contohnya, sewaktu persidangan dewan parlimen. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan oleh MalaysiaKini akan menjawab tuduhan-tuduhan Deepak Jaikishan terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan salahguna kuasa hingga ke kes pembunuhan Altantuya dalam ucapan penggulungan beliau selaku naib presiden, petang nanti. Perkara ini dibangkitkan oleh Lim Kit Siang serta disiarkan dalam MalaysiaKini, laman portal pro-pembangkang yang sentiasa memutar-belitkan cerita. Namun, setengah jam yang lalu, perkara ini telah dinafikan oleh Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Zahid iaitu Dato' Shahrul Yahya. Spekulasi yang ditimbulkan oleh MalaysiaKini (klik)dan diulas oleh Lim Kit Siang (klik) dilihat sebagai satu percubaan jahat mengaitkan Zahid Hamidi dengan kononnya konspirasi tertentu dalaman UMNO untuk menumbangkan Najib sebelum PRU13 berlangsung. Sebelum ini, nama Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta bekas presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad juga dikaitkan dengan konspirasi murahan ciptaan pembangkang demi menimbulkan kegusaran akar umbi UMNO yang sedang berhimpun di PWTC. Nasihat kami, sudah-sudahlah gunakan taktik lapuk mengadu-domba pimpinan tertinggi UMNO sewaktu mereka sedang bersatu-padu dan bersemangat satu menuju PRU13.
0 comments:
Post a Comment