SELAMAT DATANG KE TEAM MEDIA SELANGOR

Team Media Selangor. Suara Maya Rakyat Selangor.


Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts
Showing posts with label Zahid Hamidi. Show all posts

Thursday, 7 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : GENCATAN SENJATA? SERAHKAN PENJENAYAH ITU! - #LAHADDATU

Malaysia belum memberi kata putus terhadap permohonan Sultan Sulu, Jamallul Kiram yang mengisytiharkan gencatan senjata terhadap pasukan keselamatan Malaysia tengahari tadi. Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagaimana pun dilaporkan berkata, Malaysia tidak akan menerima tawaran gencatan senjata oleh Sultan Sulu itu dan seterusnya menggesa agar penjenayah-penjenayah bersenjata yang menceroboh dan melakukan keganasan hingga...

Sunday, 3 March 2013

[KHAS] KRISIS LAHAD DATU : MENTERI PERTAHANAN KE 'GROUND ZERO' - #LAHADDATU

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri pertahanan Malaysia kini dikatakan sedang berada di Lahad Datu bagi melihat perkembangan situasi semasa pencerobohan tentera Sulu di sana. Maklumat tidak rasmi yang diterima menyebut bahawa parameter kepungan anggota keselamatan ke atas tentera Sulu di Lahad Datu kembali meluas dan merebak ke kawasan sekitar dengan menamakan Kunak, Tawau, Sandakan dan Semporna sebagai kawasan berjaga-jaga. Garisan siaga...

Sunday, 27 January 2013

[SNIPPETS] RAFIZI RAMLI BERTUKAR MENJADI 'DAFI'ZI (KES KERANDUT MASUK DALAM) @RAFIZIRAMLI

Eleh, minta maaf konon.. poyolah, saja je tu, mesti dia akan kata ini dihack, dan saja nak malukan dia.. keh keh, game camni standard le bro, takkan korang tak faham game pakatan ni..  Isu Zahid Hamidi nak saman Rafizi kan tengah panas.. Rafizi siap kata dia tak takut.. dia akan lawan di mahkamah.. keh keh keh.. ok Rafizi.. game ini berterusan.. kita tengok je lah.. haha Biar betul DAFizi.. ko ni nak bagi orang kat bawah ni jadi hulk..main...

Tuesday, 8 January 2013

[PANAS] RAFIZI BAKAL DIHERET KE MAHKAMAH SEKALI LAGI DAN KALI INI ZAHID HAMIDI YANG BAKAL MENYERETNYA! #1MALAYSIATOLAKFITNAH

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengikut jejak langkah FELDA bakal menyaman pihak-pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah ke atas dirinya, kementeriannya (Kementah) dan pihak-pihak lain termasuk Lembaga Tabung Angkatan Tentera Malaysia (LTAT) dalam kes yang dikaitkan dengan Deepak serta Raja Ropiaah. Dalam kenyataan beliau yang dimuatkan dalam The Malaysian Insider (klik sini) menyatakan sekali lagi bahawa urusan pengambil alihan Astanacanggih...

Monday, 7 January 2013

[PANAS] ANTARA HUSAM MUSA, PAPAGOMO, KICKDEFELLA DAN ZAHID HAMIDI

Pada 3hb Januari lepas, YB Dato’ Haji Husam Musa telah memberitahu pihak media supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Bharu pada hari ini, 6 Januari 2013. Menurut sumber, Husam berkata ada pendedahan akan berlaku di Mahkamah.  Hari ini, 6 Januari 2013, ada 2 kes saman Husam yang didengar di Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Pertama ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa lawan Wan Muhammad Azri Wan Deris dan kedua ialah kes Dato’ Haji Husam Bin Musa...

Wednesday, 2 January 2013

#RAFIZI-GATE [PAKATAN IS DEAD] : RAFIZI SEMAKIN TERTEKAN DENGAN KES BAFIA NYA MENCARI RUANG POPULARITI

1. Rafizi Ramli telah membuat dua kenyataan media berhubung kes Deepak yang kononnya didalangi oleh DS Zahid Hamidi. 2. Apa yang menjadi persoalan kini adalah aturan permainan yang dibawa oleh Rafizi adalah kesinambungan daripada apa yang dimainkan oleh MalaysiaKini sewaktu Perhimpunan Agung UMNO ke-6 pada 30 November yang lepas. 3. Perkaitan antara kes Deepak dan juga nama DS Zahid Hamidi mula muncul apabila MalaysiaKini melaporkan...

Tuesday, 1 January 2013

LAPORAN KHAS [PAKATAN IS DEAD] : RAFIZI RAMLI KETAGIH JADI HERO SUKA SELAK KAIN ORANG TERLUPA APA DALAM KAIN SENDIRI

Sudah dua kali Rafizi Ramli membuat sidang media berkaitan urusniaga yang melibatkan Deepak, kononnya! Pertama, pada 29hb Disember 2012 lalu di ibupejabat PKR, Merchant Square Damansara (klik sini) dan kali kedua pada 31hb Disember 2012 (klik sini) juga di ibupejabat PKR tersebut. Faktanya sama iaitu urusniaga pengambilan saham bernilai RM30 juta terbitan Astacanggih Sdn Bhd serta 200 ekar tanah milikan Awan Megah Sdn...

Wednesday, 12 December 2012

[VIDEO] TLDM DAN PENCAPAIAN CEMERLANGNYA SEPANJANG 2011/2012

Antara kecemerlangan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutama di bawah pasukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sepanjang tahun 2011/2012 adalah kejayaan mematahkan tawanan dan penculikan anak kapal Malaysia iaitu MT Bunga Laurel yang disewa Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia (MISC) oleh lanun Somalia di Teluk Aden. Sehingga kini, Teluk Aden yang digeruni kerana aktiviti pelanunan Somalia telah dianggap selamat kerana kegerunan...

Tuesday, 11 December 2012

EKSKLUSIF : KEJAYAAN MINDEF SEPANJANG 2012 DICERITAKAN @ZAHID_HAMIDI PADA MALAM APRESIASI MEDIA 2012 #MSIASUCCESSSTORY

Pada Malam Apresiasi Media MINDEF 2012, Dato' Seri Zahid Hamidi telah menceritakan pelbagai Success Stories MINDEF sepanjang tahun 2012. Satu pencapaian yang sememangnya patut dikongsi bersama seluruh rakyat Malaysia. Tahniah MINDEF...

Sunday, 2 December 2012

PENGGULUNGAN #PAU2012 : [VIDEO] PERANAN MALAYSIA DI BAWAH @NAJIBRAZAK MEMBANTU NEGARA ISLAM DIIKTIRAF DUNIA KATA @ZAHID_HAMIDI

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan bukan sahaja ahli UMNO tetapi rakyat Malaysia betapa Malaysia di bawah tampuk kepimpinan YAB Presiden, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah diiktiraf oleh dunia dalam memainkan peranan membantu negara-negara Islam lain termasuk Palestine dan Filipina (MILF). Tidak ada parti lain di Malaysia yang memainkan peranan sebagaimana dimainkan oleh kerajaan di bawah UMNO dan Barisan...

Saturday, 1 December 2012

PANAS #PAU2012 : MALAYSIAKINI @MKINI_BM JADI PENGADU DOMBA SEWAKTU PAU HANGAT BERLANGSUNG?

1. MalaysiaKini sekali lagi memainkan peranan sebagai 'Conspiracy Maker' apabila mengeluarkan artikel fitnah seperti ini. 2. MalaysiaKini juga ingin menimbulkan satu perkaitan antara DS Zahid Hamidi dan DS Najib Razak mengenai kes ini. Mengapa mereka menyusun strategi ini? 3. Seperti yang dijelaskan di dalam artikel sebelum ini, (baca di sini), sekiranya benar Deepak mempunyai kes, bawalah ia ke mahkamah dan bukannya ke media untuk disensasikan....

PANAS #PAU2012 : KIT SIANG SIAPA UNTUK ATURKAN SIAPA BERUCAP APA DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO? @ZAHID_HAMIDI JADI MANGSA! @NAJIBRAZAK @SHAHRULYAHYA @MKINI_BM

Agaknya Lim Kit Siang lupa, ini adalah PERSIDANGAN AGUNG UMNO. Ini BUKAN PERSIDANGAN AGUNG DAP. Kalau dalam mesyuarat agung DAP, bolehlah dia menggunakan kuasa vetonya untuk membuat sebarang perancangan "apa" dan "siapa" untuk bercakap dan menjawab. Tetapi ini adalah UMNO. Melainkan Lim Kit Siang berniat untuk lompat parti ke UMNO, baiklah dia diam dan bawa isu ini di luar masa PAU berlangsung, contohnya, sewaktu persidangan dewan parlimen. Naib...