Saturday, 22 December 2012

PAS IS DEAD : ADUN BANGI TAKUT JADI MACAM HASAN ALI MAKA ARAK DIBIARKAN DIJUAL MERATA




Tinjauan kami di kedai serbaneka dalam DUN Bangi pada Ahad, 16 Disember sebagai susulan daripada pendedahan Media Isma, 12 Oktober yang melaporkan arak telah dijual secara terbuka di 99 SpeedMart, Seksyen 7, Bandar Baru Bangi.
Tinjauan kami di tempat yang sama seperti yang pernah dilaporkan Media Isma mendapati arak masih dijual secara terbuka meskipun dua bulan pendedahan dibuat.
Lampiran foto Jualan arak di 99SpeedMart Seksyen 7, Bandar Baru Bangi yang dirakam pada 16 Disember.


Media Isma telah menghubungi Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) untuk mendapatkan penjelasan tentang polisi kerajaan tempatan (PBT) penjualan arak secara terbuka itu.
Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ, Shariman Mohd Noor berkata penjualan arak di kedai serbaneka dibenarkan jika kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus, tetapi jika kandungan melebihi 10 peratus kelulusannya hendaklah dipohon melalui Pejabat Daerah.
“Sebenarnya, kalau ikut arak apa semuanya, minuman keras yang melebihi 10 peratus alkohol, dia bawah Pejabat Daerah…Tetapi kalau kurang 10 peratus alkohol, macam Heineken, Carlsberg, Jolly Shandy apa semua ini, ini (yang) kurang 10 peratus alkohol, ia tak ada masalah, boleh jual di tempat-tempat terbuka,”katanya.
Menurut Shariman tidak menyalahi undang-undang, kedai serbaneka menjual arak secara terbuka kerana polisi PBT membenarkan penjualan arak yang kandungan alkoholnya kurang 10 peratus di premis yang sah.
“Kita boleh minta kerjasama macam 7-Eleven apa semua.. Tapi kalau macam katakan penduduk nak suruh kita hentikan.. (jika) Premis tu tak ada masalah, maksudnya dari segi premis, CF semuanya ada, (maka) kita okay.
“Kita boleh ambil tindakan tapi kalau benda tu tidak menyalahi undang-undang, kita hanya boleh nasihat saja,”katanya lagi.
Ronnie Liu ketika membuat penjelasan pada 10 Ogos 2009 berkata tidak ada apa-apa kesalahan penjualan arak yang kandungan alkoholnya kurang daripada 10 peratus, meskipun kawasan itu penduduk itu majoriti Melayu-Islam.
“Beer di sini maksudnya minuman arak yang mengandungi alkohol yang tidak melebihi 8.8 peratus. Itu satu tafsiran dari segi undang-undang, dari segi akta lah. Kalau dari segi agama lain, mungkin ada berlainan sikit lah. Tetapi ini strictly tafsiran atau definisi beer dalam undang-undang.
“Undang-undang ini adalah Akta Eksais 1976. Dan saya difahamkan akta ini telah diadakan pada masa era orang putih, British. Lepas tu kepada UMNO, Perikatan dan Barisan Nasional. Dan sampai hari ini semua negerilah termasuk Selangor menggunakan akta yang sama dalam hal mengawal selia penjualan minuman keras,”katanya.
Walaupun, Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan umat Islam dibenarkan meminum minuman yang tidak melebihi 0.01 peratus, namun Ronnie Liu memberi tafsiran berbeza mengikut kaca mata bukan Islam.
“Dalam bahasa Malaysia, dia tak ada perkataan itu untuk liquor, beer pun satu penterjemahan sajalah.. Jadi, benda ini semua bukan masyarakat Muslim yang boleh memahami dengan baiklah.
“Tetapi bagi orang Cina, dia sangat jelaslah, liquor..liquor, beer..beer. Kesan dia pun, orang yang minum dia tahulah, dia tahu.
“Jadi, kalau liquor dia dikategorikan sebagai minuman keras. Dia tak ada definisi yang lebih tepat, jadi dia gunakan definisi ini. Kalau beer, dia beer lah,”katanya.
Menurutnya, penjualan arak yang kandungan alkoholnya melebihi 10 peratus kelulusan lesen dari Pejabat Daerah, manakala arak di bawah 10 peratus kandungan alkoholnya diluluskan PBT.
Berasaskan jawapan Ketua Unit Perancangan Korporat & Perhubungan Awam MPKJ dan Exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan yang bertanggungjawab memutuskan polisi PBT, kami berpendapat arak bukan sahaja boleh dijual di kedai serbaneka di Seksyen 8, Shah Alam atau Seksyen 7, Bandar Baru Bangi, malah boleh dijual lebih menyeluruh di tempat-tempat lain.
Tinjuan kami pada 16 Disember di sekitar DUN Bangi mengesahkan andaian itu.
DUN Bangi dipilih kerana majoriti penduduknya berbangsa Melayu yang dianggarkan kira-kira 80 hingga 90 peratus beragama Islam.

Laporan: minda-hijrah

0 comments:

Post a Comment