People's Progessive Party (PPP) telah melancarkan "PPP Youth TV" sebentar tadi di Kota Permai Golf Country Club.
Pelancaran ini telah dilakukan oleh presidennya, Datuk Seri Dr M.Kayveas yang tidak mahu ahli-ahlinya terutama generasi muda ketinggalan dalam menguasai teknologi maklumat dan media sosial.
Ketua Pemuda PPP, Harridz Mohan memaklumkan inisiatif mereka dalam melancarkan PPP TV Youth adalah anjakan ke alam baru penyebaran maklumat menerusi jalur internet yang kian meluas diguna pakai serta menjadi 'trend' muda mudi.
Halim Tuah, seorang pengamal media sosial yang turut hadir sewaktu pelancaran mengucapkan setinggi tahniah kepada usaha Pemuda PPP ini dan mengingatkan para hadirin agar memaksimumkan penggunaan media sosial ini agar dakyah serta fitnah jahat pembangkang dapat diimbangi seterusnya dihapusi.
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
-
MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap
yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana
dikhabarka...
5 months ago
0 comments:
Post a Comment