Benar... Benar belaka.
Lebih 200 kepala telah dipotong oleh pemotong upahan yang dibayar oleh Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.
Tapi istilah 'potong kepala' tidak lagi diguna pakai merujuk bahasa rojak yang digunakan dahulu kala oleh tukang gunting rambut berbangsa India.
200 kepala pula adalah kanak-kanak sekolah rendah sekitar Kuala Langat yang dipotong rambutnya sempena sesi baru persekolahan yang akan bermula 2hb Januari 2013 bersamaan hari Rabu.
Lokasi program gunting rambut percuma ini adalah sekitar pekan Telok Panglima Garang dan Kanchong Darat.
Terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) menerusi JASA dengan kerjasama Pemuda Kuala Langat yang diketuai oleh saudara Zurihan Yusop.
BILIK GERAKAN UDM TASEK JUNJONG, SUNGAI BAKAP DITUTUP!
-
MAKLUMAT yang baru diterima oleh petugas-petugas PN di PRK Sungai Bakap
yang berada di sana, sudah ada bilik gerakan PN telah ditutup kerana
dikhabarka...
5 months ago
0 comments:
Post a Comment