Menurutnya, UMNO merupakan parti yang mengamalkan politik kasih sayang bukan politik kebencian maha dahsyat seperti amalan pakatan haram.
Oleh itu, sebagai umat Islam, semua ahli UMNO wajib memaafkan kesilapan yang dilakukan oleh Pas walaupun parti itu tidak mahu mengakui kesilapan mereka yang sudah jelas.
Fathul Bari turut memuji tindakan Presiden Parti ketika ucapan dasar yang bertindak memohon maaf kepada rakyat di atas kesilapan sepanjang UMNO/BN diberi mandat mentadbir Malaysia.
"Tidak akan ada seorang pun yang akan bebas daripada melakukan kesilapan.
"Menyentuh tentang isu doa, saya mahu menyeru kepada semua hadirin dan semua ahli UMNO, mari kita maafkan mereka (PAS)," tegasnya ketika membahaskan usul agama dan pendidikan di Perhimpunan Agung Umno 2012 hari ini.
Tambah beliau, Pas yang mendakwa sebagai parti Islam sepatutnya menjulang akhlak dan akidah yang baik bukannya berterusan mencaci dan menaburkan fitnah kepada parti pemerintah.
Kata Ulama muda UMNO ini, Islam mengajar umatnya untuk menyebarkan perkara yang benar dan dilarang sekali untuk mengkafirkan sahabat Islam yang lain.
"Jangan ada kafir mengkafir wahai Umno dan itulah yang kita lakukan.
"Selama ini mereka Pakatan tanpa henti menyerang kami dengan perkataan-perkataan yang sakit dan yang pedih.
"Mereka hanya menceritakan keburukan kita dan mahu memberikan persepsi kebencian kepada masyarakat terhadap kita," jelasnya.

Laporan: shahalamrebels
0 comments:
Post a Comment