Monday, 3 December 2012

SNIPPET #PAU2012 : [VIDEO] @KHAIRYKJ NASIHATKAN PEMIMPIN BUAT "ENGAGEMENT" KEPADA MASYARAKAT. MEDIA SOSIAL ADALAH ANTARA KAEDAH TERBAIK @TUNFAISAL @RAZLANRAFII @UNITMEDIABARU


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin mengingatkan peri pentingnya penguasaan media sosial oleh pemimpin.

"Kalau sekiranya ada mana-mana pemimpin UMNO yang nak ke depan sebagai calon, dia boleh mendapatkan tauladan daripada unit UMB"

"Kalau tak reti buat facebook, kalau tak reti buat twitter... boleh belajar daripada kaedah UMB (kerana) engagement (kepada masyarakat) itu penting"

Beliau turut mengingatkan bahawa media sosial merupakan kaedah terkini dan berkesan dalam berhadapan masyarakat yang semakin moden.

"Apa yang saya rasa perlu kita tekankan, antara KPI dan kunci kejayaan UMB, adalah konsistensi. Kalau kita buat, kalau kita buka laman sosial... sama ada facebook atau pun twitter (dan) kita setakat hanya buka, atau buat sahaja... tanpa kita konsisten, saya rasa tidak akan menghasilkan apa-apa kebaikan ya.."

"So, UMB kita buat dan everyday kita ada story, kita feed cerita yang baru. Tapi kalau ada pemimpin-pemimpin yang buat hanya sebagai pra-syarat, dia buka satu profile fb (facebook), dia buka akaun twitter, tetapi konten... pengisiannya... dia... betul-betul tidak ada apa, tidak ada yang istimewa, saya rasa itu hanya... seolah-olah melepaskan batuk di tangga" 

ujar Khairy sebelum menamatkan temubual santainya bersama Unit Media Baru (UMB) di bawah pergerakannya dan dipengerusikan oleh Tun Faisal Ismail Aziz, exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.


  

0 comments:

Post a Comment