Timbalan Setiausaha Karnival Sayangi Selangor, Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, Taman Tema Air akan dibuka secara percuma kepada setiap pengunjung pada hari terakhir karnival tersebut.
"Tiada pembayaran akan dikenakan untuk memasuki Taman Air tersebut pada hari terakhir (31Dis) selepas pukul 7 malam ", katanya ketika ditemui oleh pemberita di Karnival Sayangi Selangor disini, hari ini.
Sehubungan itu, beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan Pemuda Barisan Nasional Selangor menyarankan supaya rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik ataupun kaum dapat hadir ke karnival tersebut yang bermula semalam sehingga 31 Dis ini.
"Datanglah beramai-ramai ke karnival ini bersama keluarga dan rakan-rakan ketika musim cuti sekolah ini.
"Jadikan tiga hari karnival ini sebagai hari keluarga yang pasti menjanjikan kepuasan dan keseronokan ketika berada di karnival ini," katanya.
Laporan: shahalamrebels
0 comments:
Post a Comment