Tuesday, 8 January 2013

#1MALAYSIATOLAKFITNAH : SIAPA PERLU TANGANI FITNAH? PENULIS SEORANG ATAU PEMIMPIN? ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI?

(klik sini)

Penulis Double Y terlebih dahulu bangkit mempertahankan rakan sejawatnya, Dr Novandri penulis dalam blog Minda Intelektual Melayu atau MiM.

Dalam posting terdahulu, telah saya nyatakan bahawa kerja untuk menjatuhkan kredibiliti penulis pro-BN jatuh di bahu Husam Musa dan Khalid Samad (klik sini).

Itu arahan yang dikeluarkan oleh peringkat tertinggi pakatan atau dalam bahasa lainnya, ketua pembangkang.

Dalam keseronokan penulis maya pembangkang menulis perkara-perkara yang berbentuk 'libel' dan 'slander' seperti kupasan "The Black Rose", penulis pro-BN diasak dengan saman-saman ke atas mereka seterusnya menjatuhkan integriti mereka agar persepsi bahawa penulis pro-BN kuat menfitnah telah dijalankan.

Tidak ramai pemimpin BN berani ke depan untuk mempertahankan integriti mereka dan tugas ini jatuh ke bahu para penulis pro-BN.

Usaha yang dilakukan oleh FELDA dalam menyaman Mazlan Aliman dan sekutunya yang menfitnah FELDA wajar diikuti oleh pemimpin BN yang lain.

Jika penulis pro-BN gagal mengatasi persepsi yang dilayang dalam ruang maya, maka yang wajar dipersalahkan dahulu adalah pemimpin BN yang liat untuk mempertahankan diri menggunakan sistem keadilan yang dijunjungi rakyat Malaysia.

Sedangkan ini adalah perkara yang sedang diusahakan oleh pihak pembangkang!

Laporan: sinismalaysia

0 comments:

Post a Comment