Dalam kenyataan beliau yang dimuatkan dalam The Malaysian Insider (klik sini) menyatakan sekali lagi bahawa urusan pengambil alihan Astanacanggih dan 200 ekar milikan Awan Megah adalah 100% keputusan korporat Boustead Holdings Berhad dan tiada kena mengena dengan dirinya atau kementeriannya.
Tuduhan oleh Rafizi Ramli, pengarah strategik PKR yang melabelkan urusniaga tersebut sebagai "rasuah" bagi menutup mulut Deepak tidak boleh diterima langsung oleh Zahid justeru, mengambil inisiatif menyaman pihak-pihak berkaitan adalah tindakan yang paling tepat.
TMI |
KERABAT, sebuah pertubuhan NGO bekas-bekas tentera yang dibantu oleh pakatan pembangkang mengugut untuk mengadakan demonstrasi di hadapan LTAT justeru dilihat satu lagi usaha menyemarakkan kemarahan anggota tentera yang bersiap sedia menggunapakai kaedah "Lautan Biru" atau "Blue Ocean" dalam menjalankan tugas bersama anggota PDRM tahun ini.
Usaha KERABAT ini dilihat oleh pemerhati politik sebagai usaha menentang tentera menggunakan (bekas) tentera atas inisiatif pembangkang sendiri.
Kekecohan demi kekecohan akan dibuat menuju KL112 dan ia dijangka berlanjutan hinggalah PRU13.
klik sini |
Sebelum ini, saya turut mempersoalkan ke manakah perginya pemimpin BN dalam menjalankan kewajiban mereka mempertahankan integriti masing-masing (klik sini) ? Nampaknya, Zahid Hamidi tidak mengecewakan saya!
Laporan: sinismalaysia
0 comments:
Post a Comment