Thursday 3 January 2013

[BREAKING NEWS] : DAP BAKAL UMUM KESILAPAN PEMILIHAN CEC DAN PAS BAKAL TENTANG PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH DEMI RAIH POPULARITI POLITIK

Sumber dalaman yang TMS perolehi, pakatan DAP-PKR-PAS sedang merangka strategi baru bagi menangkis kesilapan mereka sendiri terutama berkaitan dua isu besar.

Bagi kes pertama, PAS dilaporkan terperangkap dalam sokongan terhadap penggunaan kalimah ALLAH terpakai bagi bukan agama Islam sahaja dan dalam konteks ini, agama Kristian.

PAS dilaporkan akan membuat pusingan 360 darjah menentang penggunaan kalimah ALLAH demi meraih kembali sokongan Melayu/Muslim Malaysia dan dijangka   berbuat demikian awal minggu hadapan.

Bagi kes kedua, DAP turut dilaporkan bakal mengumumkan kesilapan teknikal pemilihan anggota CEC sewaktu kongres ke 16 mereka beberapa minggu lalu.

DAP bakal mengumumkan kesilapan pengiraan undi terhadap Vincent Wu dan dijangka bakal menamakan seorang calon MELAYU memenangi dan seterusnya menggantikan tempat Vincent.

Ini adalah bagi melupuskan dakwaan kuat satu negara bahawa DAP mengamalkan rasisme apabila tiada satu calon Melayu pun yang menang 20 kerusi CEC pada pemilihan lalu.

Nampaknya, pakatan berusaha menjernihkan populariti mereka yang tercalar akibat dua perkara utama iaitu penggunaan kalimah ALLAH dan DAP rasis.


0 comments:

Post a Comment