Thursday, 31 January 2013

[LAPORAN KHAS] MENJELANG PEMBUBARAN DUN SELANGOR, BOLEH UCAP SELAMAT TINGGAL JANJI-JANJI KERAJAAN NEGERI 2008 - PAKATAN IS DEAD



"Jangan manis mulut berjanji, kelak merana badan, membinasakan diri" - begitulah perumpamaan yang cukup tepat untuk menggambarkan keadaan pemimpin pembangkang yang terlalu mudah melafazkan janji. Rakyat yang ibarat kelkatu mabukan cahaya pula, terlalu mudah untuk menelan bulat-bulat setiap janji yang diberikan pemimpin begini tanpa berfikir panjang.

Bercakap soal janji untuk menurunkan harga petrol dan harga kenderaan, sudah semestinya sesiapa juga akan teruja mendengarnya. Apatah lagi dalam keadaan ekonomi global yang begitu menekan, sesiapa juga berharap melalui penurunan harga sebegini dapat meringankan beban mereka. 

Namun dalam pada masa yang sama, rakyat perlu melihat realiti bahawa janji pemimpin pembangkang cumalah sekadar janji untuk meraih sokongan dan undi. Lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya umum tidak lama lagi. Walhal dalam banyak perkara, pemimpin pembangkang ternyata gagal melaksanakan memastikan kewajipan mereka dengan baik.

Lihat sahaja di beberapa buah  negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, ternyata pemimpin pembangkang gagal menunaikan tanggungjawab memastikan setiap sudut kebajikan rakyat terbela, waima dari segi penyediaan kemudahan asas. Namun dalam keadaan begitu sekalipun, mereka masih berani untuk melafazkan janji baru untuk mengaburi pemikiran rakyat.

Mengambil contoh di Selangor, pelbagai masalah timbul seperti masalah air dan peningakatan harga hartanah yang tidak terkawal. Malah melihat keadaan jalan-jalan raya yang berlubang di sana sini di negeri ini, kita pasti akan segera beristighfar dan bermuhasabah diri. Beginikah layanan kerajaan Selangor kepada rakyat yang telah memberi mandat untuk mereka mentadbir negeri ini? Bilakah masalah kemudahan asas seperti air, jalan raya dan masalah rumah akan diselesaikan?

Kalau pemimpin pembangkang berani berjanji itu dan ini, mengapa terus membiarkan rakyat Selangor merana dengan keadaan sedia ada di negeri itu?

Sudah masanya rakyat sedar dan memahami bahawa pemimpin pembangkang cuma pandai bermain sandiwara. Rakyat perlu membuat keputusan yang tepat dalam pilihanraya umum akan datang demi kesejahteraan bersama-sama. Jangan memberikan undi kerana semata-mata terpengaruh dengan janji yang belum pasti. Pilihanraya umum semakin hampir dan rakyat masih lagi mabuk dengan janji.

Laporan: inigoblogpolitik

0 comments:

Post a Comment