Thursday, 31 January 2013

[LAPORAN KHAS] BILA NIK AZIZ DIUMPAN SEBIJI KEK OLEH KARPAL SINGH - PAS IS DEAD



1. Baru-baru ini, ShahAlamRebels telah mengeluarkan gambar pada mana Nik Aziz telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-82 di kediaman Karpal Singh di Jelutong.

2. Kononnya mereka bermesra dan nampak seperti sahabat lama. Tetapi bukankah sepatutnya Karpal yang sepatutnya melawat Nik Aziz kerana sambutan tersebut adalah sambutan meraikan Nik Aziz?



3. Sebenarnya, Nik Aziz telah dipanggil 'mengadap' Karpal 'The Godfather' kerana insiden penyokong PAS Pulau Pinang baru-baru ini yang telah melakukan demonstrasi di hadapan pejabat Karpal Singh.

4. Maka panggilan 'mengadap' ini adalah bertujuan supaya Nik Aziz meminta maaf secara peribadi kepada Karpal Singh atas tingkahlaku PAS Pulau Pinang tersebut.

5. Maka benarlah dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa PAS terletak di bawah telunjuk DAP sebenarnya. Benar jugalah bahawa 'Tuan Guru' yang diagung-agungkan oleh penganut PAS ini sebenarnya ber'tuan'kan Karpal Singh.

6. Disulam panggilan 'mengadap' tersebut dengan kononnya melawat Masjid Jamek Batu Uban, masjid pertama yang didirikan di Pulau Pinang.

7. Sampai bilakah agaknya penganut PAS ini akan terus tertipu dengan sandiwara sebenar yang berlaku di antara PAS dan DAP ini?

8. Berapa banyakkah hutang PRU-12 PAS yang belum terlunas dengan DAP. Dan menjelang PRU-13 ini, adakah Nik Aziz mahu memohon peruntukan tambahan lagi untuk menggerakkan jentera PAS yang semakin hari semakin berkurangan.

9. Gunakan Hak Untuk Berfikir Sebelum Hak Untuk Bersuara!

Laporan: truthvaccine

0 comments:

Post a Comment